report1 bukuibde_report2
Buku IBDE
@bukuibde_-
gr19.09K
followers560
videos5.94M
views348.71K
likesrk
ia
report3
report5
report6https://www.tiktok.com/@bukuibde_
report7
report8
report9
bukuibde_'s pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
report10
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
report11
report12
report13
Carta Mingguan 10 judul terlaris 11 – 17 November 2024 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 3. Penyelamat daripada Kesesatan 4. Mata-Mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945 – 60 5. Cetera Falsafah 6. Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik 7. Gelagat dan Ragam Orang Melayu 8. Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya 9. Imam Al-Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung 10. Perdukunan Melayu Buku Muhammad kembali menerajui carta mingguan. Walakin, ketiga-tiga buku Muhammad, Memelihara Jiwa dan Penyelamat daripada Kesesatan masih kekal di tangga tiga teratas. Di tangga keempat dan kelima adalah buku baharu, Mata-Mata Gelap Malaya dan Cetera Falsafah. Mata-Mata Gelap Malaya menyampaikan kisah cawangan khas membanteras kegiatan komunis di masa darurat. Cetera Falsafah membawa kita menjelajah perjalanan pemikiran falsafah Barat selama lebih daripada 2,500 tahun, dari pemikir Yunani Kuno hingga tokoh-tokoh besar abad ini melalui pendekatan yang padat dan ringkas, dalam halaman-halaman bergambar dan berwarna. Jika minggu sebelumnya kitab Imam al-Ghazali, Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam masuk carta, minggu lalu sebuah lagi kitab al-Ghazali mendapat perhatian pembaca: Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik. Buku ini merupakan risalah kritik al-Ghazali terhadap gejala takfiri yang melanda. Selain itu, biografi Imam al-Ghazali tulisan W. Montgomery Watt dicari-cari pembaca, melengkapkan buku tentang Imam al-Ghazali dalam carta minggu lalu. Terima kasih para pembeli, pembaca dan bukuwan budiman! #bukuibde #ibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #pendidikan #muhammad #memeliharajiwa #imamalghazali #falsafah #darurat #matamata #melayu #kalbu
00:31Kata Plato, "Falsafah bermula dengan pertanyaan." Dalam sela-sela kesibukan hidup, barangkali ada ketika kita bertanya tentang perkara-perkara yang terjadi dalam kehidupan: apakah tujuannya? Dari mana ia hadir? Ke mana ia akan pergi? Pertanyaan ini boleh menyentuh apa jua perkara. Daripada pertanyaan sebegini menandakan kita sedang berfalsafah. Persoalan falsafah merangkumi segenap perkara. Kita lihat pohon parasit yang menjalari batang pohon perumah dari hujung julai. Kita bertanya, dari mana ia datang? Bagaimana ia tumbuh? Kita mula fikirkan tentang permulaan dan pertumbuhan pohon tersebut. Atau ketika kesihatan kita terjejas. Kita bertanya, apakah punca sakit ini? Apakah penawar atau rawatannya? Adakah ada alternatif kepada ubat yang diambil? Atau ketika kita hangat berbahas soal kemasyarakatan di kedai kopi. Kita bertanya tentang keadilan, kebebasan dan kesamarataan. Apa yang dimaksudkan dengan perkara-perkara tersebut? Bagaimana untuk mencapainya? Atau tentang agama dan ketuhanan. Perbahasan tentang sifat dan kalam Tuhan, dan ajaran para Nabi sentiasa menjadi sebuah perbahasan yang tak putus dek zaman. Dalam setiap lapangan kegiatan hidup ada falsafahnya yang melibatkan pertanyaan tentang konsep, rukun dan kaedah dasar. Falsafah bukanlah perkara rumit yang memberatkan kepala, tetapi penelitian dan pertimbangan peribadi akal manusia. Dalam erti kata yang lebih mudah, falsafah ialah jalan manusia berfikir. Atau pertanyaan kita hari ini, siapakah Plato yang disebut di atas? Di mana boleh kita baca mengenai Plato ini? #bukuibde #falsafah #ibde #philosophy #philosophytiktok #booktokmalaysia #malaysiatiktok #malaysiamembaca #ceterafalsafah
01:373 sebab anda perlu dapatkan Cetera Falsafah: 1. Buku ini ialah pengenalan tentang tokoh-tokoh falsafah dan idea mereka secara menyeluruh dan komprehensif. Tak terasa berat dan sesuai untuk pembacaan umum. 2. Cetera Falsafah hadir dalam halaman-halaman bergambar dan berwarna yang memudahkan pembacaan kita. Siap ada petikan kata-kata tokoh yang besar dan jelas. 3. Penyampain dalam buku ni menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Kita akan mudah je nak faham tentang teori dan konsep falsafah. Setiap pembelian buku Cetera Falsafah akan mendapat sekeping penanda buku percuma dan disertakan dalam kotak khas. #bukuibde #ibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #philosophytiktok #philosophy #falsafah #ceterafalsafah #bryanmagee #CapCut
01:02𝐂𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮𝐚𝐧 𝟏𝟎 𝐉𝐮𝐝𝐮𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐚𝐫𝐢𝐬 4 – 11 November 2024 1. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 2. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 3. Penyelamat daripada Kesesatan 4. Cetera Falsafah 5. Abu Bakr As-Siddiq: Liku-liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama 6. Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60 7. Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam 8. Perdukunan Melayu 9. Gelagat dan Ragam Orang Melayu 10. Umar Al-Khattab: Kebijaksanaan Sebagai Pedang Akhirnya setelah berminggu-minggu, buku Memelihara Jiwa berjaya menduduki tangga pertama carta. Selain 2 judul terlaris ini (Memelihara Jiwa dan Muhammad), buku semi-biografi Imam Al-Ghazali, Penyelamat daripada Kesesatan, menjadi rebutan peminat minggu lalu. Ia disusuli buku Ilmu Kalam di tangga 7, sebuah karya penting mengenai pegangan akidah umat Islam. Buku terbaharu, Cetera Falsafah berada di tangga 4. Buku ini yang merupakan pengenalan kepada tokoh dan idea tentang dunia menjadi buruan ramai dek penampilannya yang lain daripada buku IBDE yang lain. Ia datang dalam halaman bergambar dan berwarna yang memudahkan pembacaan. Minggu lalu juga menyaksikan permintaan terhadap genre sejarah dan Malaysiana meningkat. Buku Mata-Mata Gelap Malaya, Perdukunan Melayu, dan Gelagat dan Ragam Orang Melayu di tangga 6, 8, dan 9. Melengkapkan siri Nabi dan para sahabat, buku Abu Bakr As-Siddiq dan Umar Al-Khattab turut membuat penampilan dalam carta. Terima kasih para pembeli, pembaca, dan bukuwan budiman! #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #top10books #bookrecommendations #rekomendasibuku #ibde #CapCut
01:26Kisah Hayy bin Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa disampaikan dengan dua permulaan berbeza. Ibnu Tufail menukilkan dua kejadian Hayy, satu dengan ibu bapa, satu lagi tanpa ibu bapa. Apa-apa pun intinya berkenaan Hayy, manusia yang tinggal di sebuah pulau terpencil dan diasuh seekor rusa. Bagaimana akhirnya Hayy boleh mendapatkan pengetahuan tentang alam ini? #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #hayy #manusiaasuhanrusa #classicliterature #sastera #novel
01:37Plato merupakan anak murid ahli falsafah Yunani, Socrates. Setelah kematian Socrates, Plato mula mengedarkan serangkaian dialog falsafah seperti Republic, Symposium, Phaedo dan lain-lain lagi. Ajaran Plato yang terkenal ialah teori Zat dan Hakikat. Setiap benda indah yang wujud dalam dunia ini sentiasa bersifat sementara kerana terikat dimensi ruang dan waktu. Namun, ada wujud hakiki yang abadi di sebalik benda ini, yang memiliki kewujudan yang tak bergantung pada tempat dan masa. Oleh itu, segala yang ada dalam dunia ini dipercayai sebagai salinan bersifat fana, sementera bagi sesuatu yang zat hakikinya memilki kewujudan yang kekal abadi di luar ruang dan waktu. Pendekatan ini membentangkan dua hakikat: dunia nyata dan dunia hakiki. Seperti manusia, ada bahagian yang dapat ditanggap dengan indera jasmani. Inilah dunia nyata, yang menurut Plato sentiasa berubah: menjadi sesuatu daripada sesuatu. Kata Plato, "Segala-galanya sedang menjadi, tiada yang wujud." Ada satu bahagian yang mendasari manusia yang tak dapat dilihat, tetapi dapat dicerap dengan fikiran, yang boleh disebut sebagai jiwa. Jiwa inilah Zat manusia yang kekal. Demikianlah serba sedikit mengenai Plato yang boleh dibaca dalam Cetera Falsafah, terjemahan The Story of Philosophy. #bukuibde #falsafah #booktokmalaysia #malaysiamembaca #philosophy #philosophytiktok #plato
02:16𝟏𝟎 𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐈𝐁𝐃𝐄 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 3. Penyelamat daripada Kesesatan 4. Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad 5. Cetera Falsafah 6. 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa 7. Perdukunan Melayu 8. Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora 9. Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60 10. Gelagat dan Ragam Orang Melayu Bulan Oktober menyaksikan pilihan yang menarik. Selain dua buku sentiasa laris, Muhammad dan Memelihara Jiwa, kitab karangan Imam Al-Ghazali, Penyelamat daripada Kesesatan dan Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad menjadi tumpuan pembaca. Mungkinkah kerana kehangatan wacana mazhab akidah baru-baru ini? Buku terbitan baharu IBDE, Cetera Falsafah menduduki tangga ke-5. Buku ini yang menerangkan pengenalan kepada tokoh-tokoh penting, evolusi asal-usul dunia dan perkembangan idea-idea yang menetaskan dunia moden disampaikan dalam bahasa yang mudah dan dalam halaman bergambar berwarna. Hampir separuh carta Oktober dipadati judul-judul bergenre Malaysiana dan biografi tokoh tempatan. Perdukunan Melayu, Muslihat Mahathir, Mata-mata Gelap Malaya, dan Gelagat dan Ragam Orang Melayu masing-masing di kedudukan 7 sehingga 10. Tak dilupakan, 40 Hadis Imam Nawawi yang menjadi rebutan pembaca bulan lalu. Sesuai dijadikan bahan belajar, buku syarah hadis oleh Imam Ali Jum'ah, mantan mufti agung Mesir, ini hadir dengan teks dwitona yang memudahkan pembaca mengenali teks matan hadis. #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #octobereads #octoberbooks #bukuterlaris #booksuggestions #muhammad
00:27Ini sebuah buku yang penting. Abu Bakr As-Siddiq: Liku-liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama membawa kita menelusuri kemelut kepimpinan kaum Muslimin sepeninggalan Nabi Muhammad SAW. Apalagi ia merupakan era pertama pasca-kenabian. Bagaimana umat Islam yang awal menangani krisis yang timbul — daripada soal pemilihan pemimpin, perluasan empayar sehingga ancaman pemberontakan dalaman yang timbul daripada kelompok murtad, enggan bayar zakat dan nabi palsu. Ketika hayat Nabi SAW, hampir semua permasalahan selesai dengan penurunan wahyu. Dalam era ini, kepintaran politik dan kebijakan pentadbiran Abu Bakr as-Siddiq teruji. Beliau menggalas tanggungjawab ini tanpa wahyu baru atau dokumentasi pentadbiran sedia ada. Mengapa dalam soal menghadapi kelompok enggan bayar zakat Abu Bakr bertegas menghancurkan mereka melalui peperangan, sementara majoriti sahabat termasuk Umar al-Khattab yang terkenal garang dan tegas memilih pendekatan yang lebih lunak? Ini buku penting untuk kita belajar mengenai kepemimpinan dan pengurusan pentadbiran. #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #abubakar #abubakr #sahabat #khalifah #islamicgoldenage #leadership #CapCut
01:421. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 3. Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad 4. Penyelamat daripada Kesesatan 5. Republik Marga Satwa 6. Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora 7. Cetera Falsafah 8. Gelagat dan Ragam Orang Melayu 9. Perdukunan Melayu 10. Imam Al-Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung Selain buku terlaris Muhammad, minggu lalu menyaksikan permintaan mendadak karangan Imam Al-Ghazali. Perihal Kesederhanaan Dalam Berikitikad dan Penyelamat daripada Kesesatan muncul di tangga 3 dan 4. Apakah kerana dihangatkan wacana mazhab akidah minggu lalu? Selain itu, buku mengenai Imam al-Ghazali turut tersenarai dalam carta mingguan. Imam Al-Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung adalah karangan mendalam tentang biografi dan pemikiran Imam al-Ghazali, menduduki tangga 10. Satu lagi kejutan ialah Republik Marga Satwa di tangga 5. Buku bergenre sastera ini merupakan terjemahan novelet satira terkenal George Orwell tentang pemberontakan haiwan ladang terhadap tuan mereka. Bagi yang ingin faham dinamik kuasa politik, anda kena baca novelet ini. Buku terbaru IBDE, Cetera Falsafah, terus mendapat permintaan. Masih dalam carta, buku ini merupakan pengenalan kepada tokoh-tokoh penting dunia dalam bahasa yang mudah dan diiringi visual gambar berwarna. Terima kasih para pembaca budiman! #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #pestabukupahang #penyuciankalbu #muhammad #healing #booksuggestions #rekomendasibuku #top10books
Tentang Hati Hampir semua masyarakat di seluruh dunia menggunakan kiasan yang secara langsung atau tidak menyentuh perihal hati. Dalam masyarakat Melayu, ada perumpamaan seperti menarik hati, mencuri hati, berhati waja, keras hati, busuk hati, dan lain-lain. Bagi masyarakat Inggeris, mereka menggelarkan seseorang yang berhati keras dengan kata "cold hearts" dan yang berhati baik sebagai "warm-hearted person." Apabila tutur kata atau tingkah laku seseorang menembusi jiwa dan benar-benar memberi kesan, orang tersebut telah “menyentuh hati” atau "touched the core of my being." Menurut perubatan tradisional Cina, hati merupakan rumah bagi sesuatu yang dikenali sebagai "shen:, iaitu roh. Huruf-huruf Cina bagi perbuatan berfikir, pemikiran, cinta, niat untuk mendengar dan kebaikan semuanya mengandungi ideogram bagi hati. Nabi Muḥammad saw menyebut hati sebagai sebuah gedung pengetahuan dan wadah yang peka terhadap tingkah laku badan. Baginda misalnya menyebut bahawa maksiat merengsakan hati. Maka hati menerima kesan dari tingkah laku yang salah. Apabila seseorang melakukan perkara yang buruk, teras kemanusiaan mereka akan tercedera. Apabila seseorang melakukan jenayah, dia telah berjenayah terhadap hatinya dahulu yang kemudiannya memberi kesan terhadap seluruh dirinya. Begitu pula setiap tingkah laku dinilai berdasarkan niat, manakala niat terbit dari hati, seperti dalam sebuah hadis Nabi Muḥammad saw bersabda, “Setiap amalan berdasarkan niat.” Niat dan tingkah laku membentuk hubungan yang saling bertimbal balas. Perbuatan baik lahir dari hati yang baik dan mempengaruhi hati menjadi baik, dan sebaliknya perbuatan buruk lahir dari hati yang buruk dan memburukkan hati. Menyedari kelemahan masyarakat sebenarnya adalah berkenaan kelemahan sifat hati mereka, Imam Maulud mengarang kitab Matharatul Qulub berdasarkan banyak karya terbilang, khususnya Ihya’ 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali. Ia dikarang sebagai panduan untuk mengubah hati dengan menjelaskan tentang penyakit hati, meneliti punca, tanda, dan gejalanya, serta tatacara mengubat hati. Mudah-mudahan kita dapat mencapai kelurusan hati dan seterusnya kesejahteraan dalam hidup. #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #penyuciankalbu #hamzayusuf #healingjourney #healingbook #heartwarming #hearts #hati #jiwa #jiwatenang #CapCut
01:21TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23similar
ISB HERBS
@maria.isbherbs18.92K
followers
499
videos
telestratph
@telestratph18.36K
followers
70
videos
BRONZE BEAUTY
@bbwbeauty4118.24K
followers
0
videos
Wulandari
@misiiilewat18.14K
followers
152
videos
B R I T N I E
@obi1kenblwme16.94K
followers
147
videos
🫰🏻Ms wrong🫰🏻
@wrong69616.30K
followers
0
videos
Nid Nid
@nid71286513.89K
followers
721
videos
La fiera de oginaga💋♥️👑🐉
@rociovergara64013.59K
followers
592
videos
IAN ACCESSORIES
@ianaccessories13.08K
followers
170
videos
Emir I Belajar Konten
@mau_sukses.id12.85K
followers
153
videos
other
คำคม กับ ความรู้สึก
@jjoy18253229.03K
followers
3.63K
videos
Mayor Donya Tesoro
@mayordonyatesoro193.16K
followers
116
videos
Kyte'e & Co.
@kyteenco53.76K
followers
7
videos
ธมลชนก ผ้าฝ้ายแฟชั่น
@thamonchanok199031.24K
followers
171
videos
Vey
@novirahd16.76K
followers
45
videos
BobsPar_Page
@0ragon_page11.14K
followers
309
videos
tiemmeCam
@embecam129.06K
followers
125
videos
chikaa🧜♀️🧜♀️
@tttktookshp3.87K
followers
0
videos
Hilda Juliani
@hildajulianisriha3.54K
followers
91
videos
nkfifah19
@nkfifah192.28K
followers
51
videos