info
Dilahirkan di Kaherah pada tanggal 11 Disember 1911, Naguib Mahfouz mula menulis ketika berusia 17 tahun. Novel pertamanya diterbitkan pada tahun 1939 dan sepuluh lagi ditulis sebelum Revolusi 1952, apabila dia berhenti menulis selama beberapa tahun. Trilogi Kaherah — Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Shawq, dan Sukkariya — telah diterbitkan pada tahun 1957, menjadikannya terkenal di seluruh dunia Arab. Dengan Awlad Haratna (1959), dia mula menulis semula dalam nada baru yang sering menyembunyikan pertimbangan politik di bawah alegori dan simbolisme. Dalam tempoh kedua ini juga Naguib Mahfouz telah menghasilkan novel seperti Al-Liss wa al-Kilab (1961), Al-Saman wa al-Kharif (1962), Thartharah fawqa al-Nil, (1966), dan Miramar (1967), serta beberapa koleksi cerpen. Pada tahun 1988, Naguib Mahfouz memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan, menjadikannya pengarang Arab pertama yang merangkul anugerah berprestij itu. Buku IBDE telah menterjemah novel Al-Liss wa al-Kilab dengan judul Khianat. #bukuibde #ibde #naguibmahfouz #novel #khianat #sastera #malaysiamembaca #booktokmalaysia #bookrecommendation #CapCut
Duration: 84 sPosted : Wed, 11 Dec 2024 09:30:47Views
717Daily-
Likes
25Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
3.49%Daily-
Latest