report1 bukuibde_report2
Buku IBDE
@bukuibde_-
gr19.28K
followers616
videos5.05M
views351.93K
likesrk
ia
report3
report5
report6https://www.tiktok.com/@bukuibde_
report7
report8
report9
bukuibde_'s pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
report10
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
report11
report12
report13
10 Judul Terlaris 23–29 Disember 2024 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Ramuan Kebahagiaan 3. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 4. Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk 5. 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa 6. Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya 7. Menghidupkan Ilmu Agama (Ihya' 'Ulumuddin) Jilid 1: Kitab Ilmu 8. Menghidupkan Ilmu Agama Jilid 5: Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian 9. Gelagat dan Ragam Orang Melayu 10. Tata Dunia: Punca Perang dan Damai Sepanjang Sejarah #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bukuislami #imamalghazali #muhammad #ilmuagama #tiktokmademebuyit
01:19"Saya orang awam. Boleh ke saya baca Ihya' 'Ulumuddin? Senang dibaca tak?" Ihya' 'Ulumuddin dikarang oleh Imam al-Ghazali dengan sasaran untuk pembacaan orang awam. Maka dalam mengarang kitab ini, Imam al-Ghazali menggunakan laras bahasa dan susunan seperti kitab fiqh yang mudah dicerna oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana Imam al-Ghazali menekankan peri penting ilmu Muamalat sebagai jalan keselamatan di akhirat, yang meliputi penghayatan makna dan aspek kerohanian dalam perbuatan sehari-harian. Sebagai contoh, dalam Kitab Sembahyang, selain beliau menumpukan kaifiat atau kaedah bersembahyang, Imam al-Ghazali juga menekankan amalan hati untuk mencapai khusyuk dan sembahyang yang sempurna. Begitu juga dalam Kitab Zikir, Imam al-Ghazali menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir yang warid yang sememangnya mudah untuk diamalkan oleh semua orang. #bukuibde #imamalghazali #ihyaulumuddin #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bukuislami #kitab #kitabkuning #ilmuagama
01:18Adakah Tuhan itu ada? Bolehkah kewujudan Tuhan dibuktikan? Kewujudan Tuhan ialah antara subjek yang dicermati abad-berabad. Dalam sekian banyak hujah tentang kewujudan Tuhan, tiga hujah ini dikira yang paling penting dalam sejarah falsafah. 1. Hujah teleologi Hujah ini menjelaskan sesuatu menurut matlamat atau tujuan akhirnya. Benih bercambah menjadi pohon, bintang bergerak menurut ketetapan haluan, segala benda seolah-olah bertindak berdasarkan rencana yang ditetapkan. 2. Hujah kosmologi Hujah ini paling banyak diutarakan. Kewujudan alam ini sendiri menunjukkan adanya penciptanya. Alam ini mustahil wujud dengan sendiri daripada ketiadaan. 3. Hujah ontologi (wujudi) Hujah ini dipelopori oleh St. Anselm dari Canterbury yang dipengaruhi hujah Ibnu Sina, tentang "wajib al-wujud", daripada Aristotle tentang "penggerak yang tidak digerakkan". St. Anselm mendefinisikan Tuhan sebagai "yang tidak dapat dibayangkan lebih besar daripadanya" dan ia ada dalam fikiran semua orang. Oleh sebab ia ada dalam fikiran, ia mesti ada dalam realiti. Baca lebih lanjut dalam Cetera Falsafah. #bukuibde #falsafah #philosophytiktok #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bookrecommendations #bestbuy #godisgood #tuhan
01:3310 Judul Terlaris 16–22 Disember 2024 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 3. Ramuan Kebahagiaan 4. Renungan Metafizik 5. Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources 6. Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk 7. Perdukunan Melayu 8. Tata Dunia: Punca Perang dan Damai Sepanjang Sejarah 9. 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa 10. Ciri Pemisah antara Islam dan Zindik Selain buku terlaris Muhammad dan Memelihara Jiwa, Ramuan Kebahagiaan masih kekal di tangga ketiga. Judul lain karangan Imam al-Ghazali yang menarik perhatian pembaca termasuklah Ciri Pemisah antara Islam dan Zindik (10). Buku ini sesuai ditelaah kembali berikutan beberapa isu khilaf yang melanda beberapa minggu kebelakangan ini, sebagai mengukuhkan sikap kita. Selain itu, karya berunsur Islamik, falsafah dan sejarah Malaysia mencuri perhatian pembaca, masing-masing dengan Muhammad (edisi Inggeris; 5), Salahuddin Al-Ayubi (6) dan 40 Hadis Imam Nawawi (9); Renungan Metafizik (4) dan Tata Dunia (8 ); dan Perdukunan Melayu (7). Terima kasih para bukuwan budiman! Dapatkan terjemahan karya agung dunia di Buku IBDE. #bukuibde #ibde #malaysiamembaca #booktokmalaysia #bookrecommendations #bestbuy #tiktokmademebuyit
01:24Rupa-rupanya ramai pemikir tersohor Eropah meminjam, terpengaruh dan mengambil ilham daripada novel Hayy bin Yaqzan karya ulama Andalusia, Ibnu Tufail. The Vital Roots of European Enlightenment: Ibn Tufayl's Influence on Modern Western Thought menyenaraikan dampak novel Hayy Ibn Yaqzan terhadap kemajuan pemikiran di Eropah. Antara tokoh yang diilhami pemikiran dalam Hayy bin Yaqzan termasuklah Albertus Magnus, Thomas Aquinas, Giovanni Pico della Mirandola, Francis Bacon, John Locke, Isaac Newton, Voltaire, dan ramai lagi. Namun, apa yang paling asasi di sebalik dampak novel ini? Semua ini menunjukkan tamadun ilmu berkembang daripada Plato dan muridnya Aristotle kepada al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Ghazali kepada Ibnu Tufail dan anak didiknya Ibnu Rushd. Rantaian idea Plato dan Aristotle ini membantu mencambah pemikiran tentang hakikat ilmu, kebenaran, alam dan Tuhan hingga dunia Arab/Timur Tengah dan Eropah dapat bangkit. Hakikatnya, ilmu dan sains tidak terikat di satu lokasi dan di dalam ruang vakuum. #bukuibde #ibde #novel #falsafah #philosophytiktok #enlightenment #renaissance #malaysiamembaca #booktokmalaysia #CapCut
01:3010 Judul Terlaris 9–15 Disember 2024 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 3. Ramuan Kebahagiaan 4. Perdukunan Melayu 5. Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk 6. Renungan Metafizik 7. Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60 8. 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa 9. Hikayat Hayy bin Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa 10. Menghidupkan Ilmu Agama (kombo jilid 1–5) Selain buku terlaris Muhammad dan Memelihara Jiwa, minggu lalu terdapat peningkatan terhadap karya Imam al-Ghazali. Ramuan Kebahagiaan (terjemahan Kimiya-yi Sa'adat) di tangga ketiga, sementara ramai pembaca mendapatkan Menghidupkan Ilmu Agama (terjemahan Ihya' 'Ulumuddin) secara kombo Jilid 1–5. Selain itu, karya berunsur falsafah, sejarah Malaysia dan Islamik mencuri perhatian pembaca, masing-masing dengan Renungan Metafizik (6) dan Hikayat Hayy bin Yaqzan (9), Perdukunan Melayu (4) dan Mata-mata Gelap Malaya (7), dan Salahuddin Al-Ayubi (5) dan 40 Hadis Imam Nawawi (8 ). Terima kasih para bukuwan budiman! Dapatkan terjemahan karya agung dunia di Buku IBDE. #bukuibde #ibde #ihyaulumuddin #alghazali #muhammad #imamnawawi #weeklyhighlights #salahuddinalayyubi #malaysiamembaca #booktokmalaysia #tiktokmademebuyit
01:25Kepada siapa Imam al-Ghazali karang Ihya' 'Ulumuddin? Ihya' 'Ulumuddin dikarang bagi menyegarkan semula keilmuan agama yang dianggap oleh Imam al-Ghazali sudah tersasar daripada kefahaman salaf yang menitikberatkan kehidupan ukhrawi. Pada ketika itu, ilmu agama khususnya fekah dipelajari kebanyakannya untuk mendapat jawatan dalam kerajaan atau berdebat untuk mengejar kemasyhuran. Kesannya, masyarakat Islam hanya dihidangkan dengan persoalan hukum hakam yang tidak adil dan cenderung dengan perdebatan isu-isu yang remeh. Persoalan fekah pula hanya seputar isu teknikal atau ritual. Seakan-akan ibadah telah nihil makna dan nilai spiritualnya! Dari sinilah Imam al-Ghazali menyusun Ihya' 'Ulumuddin. Menurut Imam al-Ghazali, jalan menuju keselamatan akhirat terbahagi dua: ilmu Mukasyafah dan ilmu Muamalat. Ihya' 'Ulumuddin dikarang dengan memberi tumpuan kepada ilmu Muamalat yang boleh dipelajari dan diamalkan oleh semua orang awam. Sebagai contoh, Kitab Hikmah Sembahyang bukan sahaja menerangkan aspek zahir seperti tatacara bersembahyang, tetapi juga menegaskan adab dan amalan hati untuk mencapai kesempurnaan sembahyang. Ia sekaligus menekankan peri penting aspek batin dalam bersembahyang. #bukuibde #ihyaulumuddin #ibde #alghazali #elgazele #malaysiamembaca #booktokmalaysia #tiktokmademebuyit #islamicbook
01:19Bayangkan, anda dan beberapa orang lagi dirantai tubuh dan dibelenggu leher dalam sebuah gua yang besar yang terhubung dengan dunia luar melalui suatu laluan yang panjang sehingga menghalang cahaya matahari menembusi gua tersebut. Anda semua hanya dapat melihat dinding gua. Tetapi ada api terang menyala di belakang anda daripada laluan panjang itu membiaskan bayang-bayang barangan dan orang yang lalu lalang di permukaan dinding. Anda semua mendengar gema suara orang yang lalu lalang. Anda dan teman-teman yang dirantai menganggap itulah “alam nyata” iaitu bayang-bayang dan gema suara. Inilah dongeng gua yang terkenal dalam tulisan Plato sebagai tamsilan tingkat pengetahuan manusia yang hanya sebatas pengalaman mereka sendiri. Apa akan terjadi sekiranya salah seorang daripada anda bebas dan keluar dari gua? Boleh baca dalam Cetera Falsafah. #bukuibde #ibde #plato #thecave #falsafah #philosophy #philosophytok #philosophymalaysia #malaysiamembaca #booktokmalaysia
01:2212.12 tak tahu nak beli buku apa? Cadangan pertama: buku Muhammad. Buku ni dah begitu popular, dah ramai orang beli hampir 100,000 unit telah terjual. Cadangan kedua: Memelihara Jiwa. Buku ni pun padu. Korang tahu tak, sejak abad ke-9 lagi ada ulama Islam dah tulis tentang mental health? Ini lah buku dia. Cadangan ketiga: Menghidupkan Ilmu Agama. Ini terjemahan Ihya' 'Ulumuddin, karya besar Imam al-Ghazali. Setakat ni ada jilid 1 sampai 5. Beli secara kombo RM350 sahaja. kalau beli hari ni 12.12 cuba check berapa banyak diskaun dapat? Cadangan keempat: Cetera Falsafah Ini buku pengenalan tentang tokoh-tokoh dunia tau. Lagi padu ada gambar dan dan warna.Takkan tengok je kan? Cadangan kelima: kalau korang tak nak baca buku yang berat, kita pun ada novel. Ni, Hikayat Hayy bin Yaqzan. Novel ni yang beri inspirasi kepada cerita Tarzan dan The Jungle Book. Cadangan keenam: Peminat sejarah wajib baca buku-buku ni: Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah, Mata-mata Gelap Malaya, Gelagat dan Ragam Orang Melayu dan Perdukunan Melayu. #bukuibde #ibde #booktokmalaysia #malaysiamadani #malaysiatiktok #malaysiamembaca #decembertreats #muhammad
01:24Dilahirkan di Kaherah pada tanggal 11 Disember 1911, Naguib Mahfouz mula menulis ketika berusia 17 tahun. Novel pertamanya diterbitkan pada tahun 1939 dan sepuluh lagi ditulis sebelum Revolusi 1952, apabila dia berhenti menulis selama beberapa tahun. Trilogi Kaherah — Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Shawq, dan Sukkariya — telah diterbitkan pada tahun 1957, menjadikannya terkenal di seluruh dunia Arab. Dengan Awlad Haratna (1959), dia mula menulis semula dalam nada baru yang sering menyembunyikan pertimbangan politik di bawah alegori dan simbolisme. Dalam tempoh kedua ini juga Naguib Mahfouz telah menghasilkan novel seperti Al-Liss wa al-Kilab (1961), Al-Saman wa al-Kharif (1962), Thartharah fawqa al-Nil, (1966), dan Miramar (1967), serta beberapa koleksi cerpen. Pada tahun 1988, Naguib Mahfouz memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan, menjadikannya pengarang Arab pertama yang merangkul anugerah berprestij itu. Buku IBDE telah menterjemah novel Al-Liss wa al-Kilab dengan judul Khianat. #bukuibde #ibde #naguibmahfouz #novel #khianat #sastera #malaysiamembaca #booktokmalaysia #bookrecommendation #CapCut
01:24TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23similar
Mama Galen
@mamagalen_19.95K
followers
393
videos
Nong’maayy🤍🕊️
@nongmay99719.42K
followers
405
videos
Mildred Q Laganzo
@mildredqlaganzo16.66K
followers
443
videos
ส้ม' เน่า🍊
@pron.123415.79K
followers
59
videos
safitrii08_
@safitrii08_15.28K
followers
141
videos
Alley🖤
@nnayel2415.01K
followers
194
videos
ℒ𝓊𝒽𝒽.29
@shailmb14.35K
followers
0
videos
Liv Law
@olivialaw_1213.86K
followers
1.16K
videos
🌪️TONY23🎤🧚♀️⋆˚࿔
@23_tony13.33K
followers
1.11K
videos
Ridwan muhiddin
@wanlegacyrenovationallin12.97K
followers
2.43K
videos
other
Nienie700
@nienie7007282.27K
followers
0
videos
Emily | Baseball Mama ⚾️
@emily_durrance270.24K
followers
249
videos
Beauty By Nan ♥️
@beautybynan278.21K
followers
668
videos
MyBorneo Kitchen
@myborneo_kitchen29.58K
followers
44
videos
sisil3
@sisil.jamss20.04K
followers
8
videos
user27373056710
@paxlavashowi19.69K
followers
0
videos
Tinijah Johnson
@tinijahjohnson16.89K
followers
45
videos
Ⓜ️🎲𝔖𝓾𝓬𝓻𝓽🏡My Way✨💋
@user9505734424.20K
followers
420
videos
Mamih Shanum & Syila
@anggitialutfiana3.20K
followers
221
videos
สัญลักษณ์ของเรา
@sailoungmoung2.24K
followers
172
videos