info
"Saya orang awam. Boleh ke saya baca Ihya' 'Ulumuddin? Senang dibaca tak?" Ihya' 'Ulumuddin dikarang oleh Imam al-Ghazali dengan sasaran untuk pembacaan orang awam. Maka dalam mengarang kitab ini, Imam al-Ghazali menggunakan laras bahasa dan susunan seperti kitab fiqh yang mudah dicerna oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana Imam al-Ghazali menekankan peri penting ilmu Muamalat sebagai jalan keselamatan di akhirat, yang meliputi penghayatan makna dan aspek kerohanian dalam perbuatan sehari-harian. Sebagai contoh, dalam Kitab Sembahyang, selain beliau menumpukan kaifiat atau kaedah bersembahyang, Imam al-Ghazali juga menekankan amalan hati untuk mencapai khusyuk dan sembahyang yang sempurna. Begitu juga dalam Kitab Zikir, Imam al-Ghazali menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir yang warid yang sememangnya mudah untuk diamalkan oleh semua orang. #bukuibde #imamalghazali #ihyaulumuddin #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bukuislami #kitab #kitabkuning #ilmuagama
Duration: 78 sPosted : Thu, 26 Dec 2024 16:43:27Views
1.9KDaily-
Likes
55Daily-
Comments
12Daily-
Shares
8Daily-
ER
3.97%Daily-
Latest