info
Kepada siapa Imam al-Ghazali karang Ihya' 'Ulumuddin? Ihya' 'Ulumuddin dikarang bagi menyegarkan semula keilmuan agama yang dianggap oleh Imam al-Ghazali sudah tersasar daripada kefahaman salaf yang menitikberatkan kehidupan ukhrawi. Pada ketika itu, ilmu agama khususnya fekah dipelajari kebanyakannya untuk mendapat jawatan dalam kerajaan atau berdebat untuk mengejar kemasyhuran. Kesannya, masyarakat Islam hanya dihidangkan dengan persoalan hukum hakam yang tidak adil dan cenderung dengan perdebatan isu-isu yang remeh. Persoalan fekah pula hanya seputar isu teknikal atau ritual. Seakan-akan ibadah telah nihil makna dan nilai spiritualnya! Dari sinilah Imam al-Ghazali menyusun Ihya' 'Ulumuddin. Menurut Imam al-Ghazali, jalan menuju keselamatan akhirat terbahagi dua: ilmu Mukasyafah dan ilmu Muamalat. Ihya' 'Ulumuddin dikarang dengan memberi tumpuan kepada ilmu Muamalat yang boleh dipelajari dan diamalkan oleh semua orang awam. Sebagai contoh, Kitab Hikmah Sembahyang bukan sahaja menerangkan aspek zahir seperti tatacara bersembahyang, tetapi juga menegaskan adab dan amalan hati untuk mencapai kesempurnaan sembahyang. Ia sekaligus menekankan peri penting aspek batin dalam bersembahyang. #bukuibde #ihyaulumuddin #ibde #alghazali #elgazele #malaysiamembaca #booktokmalaysia #tiktokmademebuyit #islamicbook
Duration: 79 sPosted : Fri, 13 Dec 2024 11:44:18Views
2.6KDaily-
Likes
122Daily-
Comments
6Daily-
Shares
4Daily-
ER
5.17%Daily-
Latest