info
Allah SWT berfirman: Supaya mereka memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu Surah al-Hajj 28 Berkata Ibnu Abbas beserta Imam Syafi’i dan kumpulan ulama, yang dimaksudkannya ialah sepuluh hari hari yang pertama dari bulan Zulhijjah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya dianjurkan untuk memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini lebih baik dari yang lain-lain, dan dianjurkan berzikir pada hari arafah lebih dari yang dibuat pada sisa hari-hari yang sepuluh ini. Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.” Hadis Riwayat at-Tirmizi Sama-sama kita manfaatkan sebaik-baiknya 🤲🏻 #zulhijjah #bulanzulhijjah #bulanistimewa #10awalzulhijjah #perbanyakkanbacaalquran #perbanyakzikir #perbanyaksalawat #perbanyakberdoa #perbanyakbacaalquran #muslimahhijrah #hijrah #hijrahkudakwahku #hijrahistiqomah #dakwah #dakwahislam #dakwahbersama #ilmuagamasahamakhirat #kongsilmu #fyp #racuntiktokmalaysia #cariredhaallah #syurga #searchengineoptimization #booktokmalaysian
Duration: 92 sPosted : Wed, 12 Jun 2024 21:58:19Views
260Daily-
Likes
25Daily-
Comments
0Daily-
Shares
5Daily-
ER
11.54%Daily-
Latest