info
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta mentadabbur, antaranya ialah sepotong ayat yang bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” (Surah Sad, ayat 29). Dalam ayat yang lain, Allah berfirman bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datangnya bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (Surah an-Nisa, ayat 82). Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu serta hikmah daripadanya. Manusia perlu melakukan tadabbur dengan meneliti dan menghayati isi kandungan al-Quran secara mendalam agar petunjuk yang diberikan Allah SWT dalam kitab suci al-Quran al-Karim itu dapat memperteguhkan keimanan kita kepada Allah SWT. #tadaburquran #isiayatalquran #fahamialquran #bacaalquransetiaphari #belajarilmuagama #muslimahhijrah #hijrah #hijrahkudakwahku #hijrahistiqomah #dakwah #dakwahislam #dakwahbersama #ilmuagamasahamakhirat #kongsilmu #fyp #racuntiktokmalaysia #cariredhaallah #syurga #searchengineoptimization #booktokmalaysian
Duration: 64 sPosted : Thu, 30 May 2024 14:39:59Views
370Daily-
Likes
64Daily-
Comments
2Daily-
Shares
2Daily-
ER
18.38%Daily-
Latest