info
Dalam riwayat al-Darimi (berstatus hasan) daripada Ibn ‘Abbas, lafaz hadis seperti berikut “Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).” Berdasarkan hadis di atas, maka sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk kita melakukan amalan soleh. Pahala yang dijanjikan paling banyak. hadis Nabi s.a.w tersebut menggalakan amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Amalan soleh pada hari-hari tersebut paling disukai di sisi Allah serta paling besar ganjarannya dibandingkan hari-hari yang lain. Perkataan ‘amalan soleh’ itu merangkupi segala perbuatan baik yang disukai Allah. Ini termasuk solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, tahmid, takbir, tahlil, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan dan seumpamanya. Maka, semasa tempoh sepuluh hari awal Zulhijjah ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan yang mendapat pahala di sisi Allah. Demikian kita wajar menjauhkan diri dari dosa sebagai menghormati hari-hari yang Allah muliakan. Kita berusaha membanyakkan ibadah dan apa sahaja amalan baik. Ini kerana, semasa pahala meningkat, semasa itu amalan patut meningkat. Maka bergandalah amalan yang banyak dengan pahala yang besar. Jom rebut peluang ini bersama-sama #zulhijjah #bulanzulhijjah #bulanistimewa #10awalzulhijjah #perbanyakkanbacaalquran😘😘 #perbanyakkanbersedekah #perbanyakkanberzikir #qiamullail #hidupkanmalam #muslimahhijrah #hijrah #hijrahkudakwahku #hijrahistiqomah #dakwah #dakwahislam #dakwahbersama #ilmuagamasahamakhirat #kongsilmu #fyp #racuntiktokmalaysia #cariredhaallah #syurga #searchengineoptimization #booktokmalaysian
Duration: 105 sPosted : Fri, 07 Jun 2024 16:16:34Views
333Daily-
Likes
48Daily-
Comments
0Daily-
Shares
1Daily-
ER
14.71%Daily-
Latest