Episode 45: Talc merupakan sejenis galian mineral berbentuk serbuk atau powder yang banyak digunakan di dalam bedak termasuk sebagai bahan utama compact powder, foundation dan pelbagai produk makeup yang lain. Kenapa kita kene sangat berhati-hati menggunakan produk yang ada talc ni? Sebenarnya talc sangat mudah dicampuraduk dengan satu bahan lain iaitu Asbestos yang rupa, warna dan sifatnya seakan sama dengan talc ni, tetapi asbestos sebenarnya boleh menyebabkan cancer! Dan gred talc yang bercampur dengan Asbestos ini harganya adalah sangat murah. Dan disebabkan keadaan inilah, satu syarikat terbesar dunia iaitu Johnson & Johnson telah diperintahkan oleh mahkamah di US untuk membayar beribu wanita yang mendakwa bahawa talc dari bedak J&J menyebabkan mereka menghidap kanser ovari. Jadi macam mana kita nak tahu talc yang digunakan dalam compact powder di pasaran tu tiada campuraduk Asbestos? Mana mungkin pengeluar kilang akan bagitahu semua itu? Sebab itulah KL sebagai founder HAUS ini tak tidur malam fikirkannya. Macam mana nak pastikan formula HAUS selamat pada pengguna? Tak boleh la setakat pilih Talc bergred kosmetik sahaja yang harga murah je, WAJIB kene pastikan ianya ada sijil dan result lab test untuk setiap batch Talc yang digunakan. Ha tengok ni, KL memang demand pada supplier Talc mesti ada sijil pengesahan Asbestos FREE tau, dan perlu patuhi pula piawaian FDA atau KKM negara mereka seperti Jepun. Korang tahu kan betapa strict penguatkuasaan negara Jepun ni? Dengan adanya sijil macam inilah baru HAUS Magic Pinky boleh dapatkan pengesahan HALAL dari JAKIM tau, pegawai JAKIM pun berpuashati kita pilih bahan selamat yang ‘proven’ dengan data. Jual bahan memudaratkan pengguna ni berdosa besar tau, jangan main-main sebab mahukan yang murah ye‼️ Kalau pada wajah pula, apa kesan kita gunakan Talc yang murah sebegini? Tanpa proses yang kritikal, Talc gred murah boleh menyebabkan pori-pori mudah tersumbat, kulit senang naik jerawat, susah nak dibersihkan dengan sempurna, kulit boleh naik tiny bumps dan jadi jerawat menggerutu. 😱 Jadi, kalau you all tengok iklan harga lebih murah tu, dinasihatkan lebih berhati-hati. #eiymajalil #haus #mileycyrus #compactpowder