info
Plato merupakan anak murid ahli falsafah Yunani, Socrates. Setelah kematian Socrates, Plato mula mengedarkan serangkaian dialog falsafah seperti Republic, Symposium, Phaedo dan lain-lain lagi. Ajaran Plato yang terkenal ialah teori Zat dan Hakikat. Setiap benda indah yang wujud dalam dunia ini sentiasa bersifat sementara kerana terikat dimensi ruang dan waktu. Namun, ada wujud hakiki yang abadi di sebalik benda ini, yang memiliki kewujudan yang tak bergantung pada tempat dan masa. Oleh itu, segala yang ada dalam dunia ini dipercayai sebagai salinan bersifat fana, sementera bagi sesuatu yang zat hakikinya memilki kewujudan yang kekal abadi di luar ruang dan waktu. Pendekatan ini membentangkan dua hakikat: dunia nyata dan dunia hakiki. Seperti manusia, ada bahagian yang dapat ditanggap dengan indera jasmani. Inilah dunia nyata, yang menurut Plato sentiasa berubah: menjadi sesuatu daripada sesuatu. Kata Plato, "Segala-galanya sedang menjadi, tiada yang wujud." Ada satu bahagian yang mendasari manusia yang tak dapat dilihat, tetapi dapat dicerap dengan fikiran, yang boleh disebut sebagai jiwa. Jiwa inilah Zat manusia yang kekal. Demikianlah serba sedikit mengenai Plato yang boleh dibaca dalam Cetera Falsafah, terjemahan The Story of Philosophy. #bukuibde #falsafah #booktokmalaysia #malaysiamembaca #philosophy #philosophytiktok #plato
Duration: 136 sPosted : Wed, 06 Nov 2024 10:19:08Views
1.8KDaily-
Likes
42Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.38%Daily-
Latest