info
Tentang Hati Hampir semua masyarakat di seluruh dunia menggunakan kiasan yang secara langsung atau tidak menyentuh perihal hati. Dalam masyarakat Melayu, ada perumpamaan seperti menarik hati, mencuri hati, berhati waja, keras hati, busuk hati, dan lain-lain. Bagi masyarakat Inggeris, mereka menggelarkan seseorang yang berhati keras dengan kata "cold hearts" dan yang berhati baik sebagai "warm-hearted person." Apabila tutur kata atau tingkah laku seseorang menembusi jiwa dan benar-benar memberi kesan, orang tersebut telah “menyentuh hati” atau "touched the core of my being." Menurut perubatan tradisional Cina, hati merupakan rumah bagi sesuatu yang dikenali sebagai "shen:, iaitu roh. Huruf-huruf Cina bagi perbuatan berfikir, pemikiran, cinta, niat untuk mendengar dan kebaikan semuanya mengandungi ideogram bagi hati. Nabi Muḥammad saw menyebut hati sebagai sebuah gedung pengetahuan dan wadah yang peka terhadap tingkah laku badan. Baginda misalnya menyebut bahawa maksiat merengsakan hati. Maka hati menerima kesan dari tingkah laku yang salah. Apabila seseorang melakukan perkara yang buruk, teras kemanusiaan mereka akan tercedera. Apabila seseorang melakukan jenayah, dia telah berjenayah terhadap hatinya dahulu yang kemudiannya memberi kesan terhadap seluruh dirinya. Begitu pula setiap tingkah laku dinilai berdasarkan niat, manakala niat terbit dari hati, seperti dalam sebuah hadis Nabi Muḥammad saw bersabda, “Setiap amalan berdasarkan niat.” Niat dan tingkah laku membentuk hubungan yang saling bertimbal balas. Perbuatan baik lahir dari hati yang baik dan mempengaruhi hati menjadi baik, dan sebaliknya perbuatan buruk lahir dari hati yang buruk dan memburukkan hati. Menyedari kelemahan masyarakat sebenarnya adalah berkenaan kelemahan sifat hati mereka, Imam Maulud mengarang kitab Matharatul Qulub berdasarkan banyak karya terbilang, khususnya Ihya’ 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali. Ia dikarang sebagai panduan untuk mengubah hati dengan menjelaskan tentang penyakit hati, meneliti punca, tanda, dan gejalanya, serta tatacara mengubat hati. Mudah-mudahan kita dapat mencapai kelurusan hati dan seterusnya kesejahteraan dalam hidup. #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #penyuciankalbu #hamzayusuf #healingjourney #healingbook #heartwarming #hearts #hati #jiwa #jiwatenang #CapCut
Duration: 81 sPosted : Fri, 25 Oct 2024 09:16:17Views
560Daily-
Likes
24Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
4.29%Daily-
Latest