info
Jom kita recap resepi Puding Karamel Gula Merah menggunakan Gula Merah Sweet Home! Gunakan Gula Merah Sweet Home untuk dapatkan rasa yang lebih sedap dan teksturnya yang halus senang larut, sesuai digunakan dalam pelbagai masakan. Ia juga kaya dengan rasa karamel. Puding Karamel Gula Merah Bahan A: ๐ฎ3 sudu besar Gula Merah Sweet Home ๐ฎ 50ml Air Bahan B: ๐ฎ 400ml Susu Cair ๐ฎ 1/4 cawan Susu Krimer Manis ๐ฎ 4 biji Telur ๐ฎ 1 sudu besar Esen Vanila Cara: 1. Masukkan Bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga Gula Merah larut. 2. Kacau seketika sehingga pekat dan tutup api. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam bekas acuan puding. 3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk dan kacau sebati. 4. Tapiskan adunan tadi. 5. Masukkan ke dalam bekas acuan puding. 6. Panaskan pengukus dan kukus selama 20 minit. 7. Bila dah sejuk, keluarkan dari acuan. 8. Hidangkan bersama lebihan Gula Merah yang dimasak tadi. Selamat mencuba! ๐๐ #pudingkaramel #resepimudah #SweetHomeMalaysia #gulamerah
Duration: 51 sPosted : Thu, 25 Jul 2024 13:26:35Views
144Daily-
Likes
3Daily-
Comments
0Daily-
Shares
1Daily-
ER
2.78%Daily-
Latest