Jom kita recap resepi Puding Karamel Gula Merah menggunakan Gula Merah Sweet Home! Gunakan Gula Merah Sweet Home untuk dapatkan rasa yang lebih sedap dan teksturnya yang halus senang larut, sesuai digunakan dalam pelbagai masakan. Ia juga kaya dengan rasa karamel. Puding Karamel Gula Merah Bahan A: 🍮3 sudu besar Gula Merah Sweet Home 🍮 50ml Air Bahan B: 🍮 400ml Susu Cair 🍮 1/4 cawan Susu Krimer Manis 🍮 4 biji Telur 🍮 1 sudu besar Esen Vanila Cara: 1. Masukkan Bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga Gula Merah larut. 2. Kacau seketika sehingga pekat dan tutup api. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam bekas acuan puding. 3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk dan kacau sebati. 4. Tapiskan adunan tadi. 5. Masukkan ke dalam bekas acuan puding. 6. Panaskan pengukus dan kukus selama 20 minit. 7. Bila dah sejuk, keluarkan dari acuan. 8. Hidangkan bersama lebihan Gula Merah yang dimasak tadi. Selamat mencuba! 😄😋 #pudingkaramel #resepimudah #SweetHomeMalaysia #gulamerah