info
NASI BUTTER AYAM GORENG – CHEF DAVE #chefdaveveganjourney #veganstyle #nasibutterayamgoreng Masa penyediaan: 10 minit Masa memasak: 20 minit Hidangan: 1-2 pax Resipi Nasi butter Bahan – bahan: 1 sudu besar mentega vegan 1 cawan beras basmati lal qilla (basuh dan direndam 30min) ½ biji bawang holland(dihiris) 3 ulas bawang putih 1 batang serai(diketuk) Kismis secukupnya 2 cawan air Garam secukupnya Serbuk perasa secukupnya Tumisan sayur Bahan – bahan: Sedikit minyak ½ biji bawang holland(didadu) ½ biji lobak merah(dipotong kecil) 3-6 ketul cendawan kobis bunga(dicarikkan) ½ biji brokoli(dipotong kecil) Sedikit serbuk lada hitam Garam secukupnya Serbuk perasa cendawan secukupnya Note: Beras Basmati @lalqillamy semestinya menjadi keutamaan saya di dalam setiap masakkan saya. Lagi-lagi masak nasi butter ni. Terus jatuh hati!! Beras nya panjang – panjang dan sungguh fluffy! 🥰 🍚 Cara memasak: 1.Sediakan claypot, masukkan mentega vegan dan biarkan ia cair, kemudian masukkan hirisan bawang holland dab serai. Kacau sehingga naik bau. 2.Masukkan kismis dan tumis seketika. Masukkan air, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebati dan adjust rasa. Masukkan beras yang telah direndam ke dalam claypot dan kacau seketika. Perlahankan api sekecil kecilnya. Tutup dan biarkan ia masak. 3.Bila dah masak, masukkan mentega vegan sedikit pada permukaan nasi yang telah masak. Tutup semula dan biarkan ia masak seketika. Dah siap dan ketepikan. 4.Untuk bahan sayuran, masukkan sedikit minyak, tumis bawang holland sehingga naik bau, lepastu masukkan lobak merah, cendawan bunga kobis dan brokoli. Kacau sebati. 5.Masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa cendawan secukupnya. Kacau seketika dan sedia untuk dihidang bersama nasi butter tadi.
Duration: 295 sPosted : Wed, 26 Jun 2024 04:30:00Views
32.7KDaily-
Likes
1.3KDaily-
Comments
29Daily-
Shares
60Daily-
ER
4.30%Daily-
Latest