info
NASI KEBULI – CHEF DAVE #chefdaveveganjourney #veganstyle #nasikebuli Masa penyediaan: 10 minit Masa memasak: 25 minit Hidangan: 1-3 pax Resipi Bahan tumbuk: 1 sudu kecil biji ketumbar 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil jintan putih Bahan tumis: Sedikit minyak ½ bawang merah(dihiris) 2 ulas bawang putih(dihiris) 1 inci lengkuas(dihiris) 1 batang serai(diketuk) 7-10 cili padi 5-6 cendawan kobis bunga(carikkan) ½ sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam Serbuk perasa cendawan secukupnya 2 cawan air 1 cawan beras basmati lal qilla Note: Bila cuba terus jatuh cinta dengan beras @lalqillamy ni.. 🥰 lembut, beras pun panjang-panjang dan juga bagus amalkan makanan harian kita. Cara memasak: 1.Tumbuk semua bahan tumbuk hingga halus, ketepikan. 2.Sediakan claypot, tumis bawang merah, serai, bawang putih dan lengkuas,. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan satu sudu besar bahan tumbuk tadi. Kacau sebati. 3.Masukkan cendawan kubis bunga, serbuk kunyit, garam, perasa cendawan dan kacau lagi. Masukkan air lalu kacau. Adjust rasa lalu masukkan air secukupnya. Kacau rata. 4.Masukkan beras yang telah direndam 30minit lalu kecilkan api. Kacau sebati dan tutup. Biarkan sehingga ia masak. Bila dah masak tutup api dan taburkan sedikit daun ketumbar. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Duration: 177 sPosted : Mon, 27 May 2024 05:03:23Views
31.8KDaily-
Likes
1.2KDaily-
Comments
26Daily-
Shares
72Daily-
ER
3.96%Daily-
Latest