info
Selain Malaysia, Indonesia juga menjadi destinasi pilihan untuk pelarian Rohingya. Bulan lalu, terdapat peningkatan jumlah pelarian Rohingya di wilayah Aceh dan mereka dipercayai melarikan diri dari kem pelarian di Bangladesh. Kehadiran pelarian Rohingya yang terlalu ramai itu mengundang protes daripada masyarakat Indonesia. Ini kerana pelarian Rohingya didakwa pengotor, tidak beradab dan tidak menghormati budaya tempatan. Dalam satu klip video temubual yang disiarkan oleh agensi berita iNews TV menunjukkan, pelarian Rohingya di negara itu diberi tempat tinggal yang sempurna, lengkap dengan katil, televisyen dan sebagainya. Selain itu, mereka juga diberikan wang bantuan Rp 1.2 juta (RM375) setiap bulan untuk menampung keperluan mereka. βKeadaan tempat tinggal beberapa pelarian Rohingya di Sidoarjo. Dapat dilihat di tempat tinggal ini dilengkapi dengan ruang tamu, almari, televisyen dan bilik berserta katil,β kata wartawan berkenaan. Namun, ketika ditanya kepada salah seorang pelarian Rohingya bernama Muhammad Suaib, yang dipercayai sudah lama berada di negara itu, dia memaklumkan jumlah wang bantuan bulanan yang diberikan itu tidak mencukupi. #TheReporters . . β Β© All Rights and Credits Reserved To The Respective Owner(s). Please Contact Us For Credit or Removal. . . #rohingya #indonesia #aceh #malaysiagazette #utusanmalaysia #beritaharian #buletin #trendingmalaysia #shorts #trendingnewsmalaysia #berita #news #dashcammalaysia #santai #fypγ· #viralstv #viralnowtv #viralsnowtv #viralsemasatv #info #semasa #trending #unik #aneh #viral #terkini
Duration: 0 sPosted : Thu, 07 Dec 2023 04:52:42Views
2.8KDaily-
Likes
17Daily-
Comments
0Daily-
Shares
7Daily-
ER
0.87%Daily-
Latest