info
MELAKA: Usahawan tular isu 'Melayu malas', Mariyah Yaakob atau digelar Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi. Dua beranak itu hadir untuk menghadapi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik menghina orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu. Mariyah, 49, dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holding Sdn Bhd dilihat memasuki kamar mahkamah jam 9.02 pagi dengan ditemani dua peguam. Wanita itu yang memakai kot warna jingga dan berseluar putih, manakala anaknya berkemeja lengan panjang biru dan berseluar panjang kelabu serta bertopi, kelihatan tenang menunggu prosiding dimulakan. Peniaga asal Kemboja itu sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular bulan lalu. Menurut polis semalam, pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum. Ezuan Hafsham pula akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. #beritaharian . . β Β© All Rights and Credits Reserved To The Respective Owner(s). Please Contact Us For Credit or Removal. . . #makcik #kemboja #malas #malaysiagazette #utusanmalaysia #beritaharian #buletin #trendingmalaysia #shorts #trendingnewsmalaysia #berita #news #dashcammalaysia #santai #fypγ· #viralstv #viralnowtv #viralsnowtv #viralsemasatv #info #semasa #trending #unik #aneh #viral #terkini
Duration: 0 sPosted : Thu, 07 Dec 2023 04:38:37Views
148Daily-
Likes
12Daily-
Comments
0Daily-
Shares
7Daily-
ER
12.84%Daily-
Latest