Gadis Diumpan Makan Malam Bersama Ibu Lelaki, Rupanya Helah BF nak Puaskan Nafsu. Siap Upah 2 Rakan Rog*l Kekasih! Demikianlah situasi malang seorang gadis ini yang mengakui dirog*l tiga lelaki, di mana salah seorangnya adalah teman lelakinya sendiri. Berkongsi kronologi detik hitam itu di laman sosial, gadis berkenaan mendakwa segala-galanya bermula selepas dia 'diumpan' si kekasih kononnnya dijemput untuk menikmati makan malam bersama ibu lelaki tersebut. Tanpa bersangka buruk, dia pergi ke rumah kekasihnya di Gombak, Selangor untuk memenuhi jemputan ibu lelaki berkenaan kerana keluarganya sudah saling mengenali memandangkan sudah hampir tiga tahun mereka bercinta. Malangnya, tidak sekadar ditipu malah gadis berkenaan dipaksa memuaskan nafsu lelaki tersebut serta dua lagi rakannya yang diupah dan turut berada di rumah berkenaan ketika itu. "Macam mana saya boleh percaya? Sebab dia cakap yang mama dia ajak dinner sama. Saya memang dah lama kenal dengan ibu bapa dia, jadi saya tak fikir bukan-bukan... sebelum ni pernah ajak makan bersama juga. "Nak call? Beg tangan saya memang dah tak tahu ke mana dan phone saya dalam tu. Faham tak keadaan saya masa itu memang tak boleh buat apa-apa. "Saya berusaha nak lari tapi tak dapat. Lelaki punya pegangan tu kuat dan sejujurnya saya memang tak boleh lepas. Sekali saya kena tampar sebab saya melawan dan nak lari. "Saya tak diberi ubat tidur... memang saya dalam keadaan dipaksa dan sedar tapi tak tahu nak buat apa. Air mata, tangisan saya Tuhan je tahu," luahnya dalam Instagram Story. Selepas kejadian hitam itu, dia meminta penjelasan daripada kekasihnya malah meminta lelaki tersebut bertanggungjawab selepas mendapati dirinya ham*l. Namun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama malah tidak mahu mengaku sebagai 'bapa' kepada bayi di dalam kandungan gadis tersebut kerana dakwanya, dua rakannya turut terlibat. Susulan kejadian tersebut, gadis itu mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan. Gadis itu menambah, dia bersyukur kerana ibu bapanya memahami situasi yang dialami malah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi ketika diuji dengan episod hitam. via #mstar . Follow @viralsnowtv (IG) for Latest Info, Unique, Impressive & Trending Viral Videos β Β© All Rights and Credits Reserved To The Respective Owner(s). Please Contact Us For Credit or Removal. . . #gadis #malaysiagazette #utusanmalaysia #beritaharian #buletin #trendingmalaysia #shorts #trendingnewsmalaysia #berita #news #dashcammalaysia #santai #fypγ· #viralstv #viralnowtv #viralsnowtv #viralsemasatv #info #semasa #trending #unik #aneh #viral #terkini