19 Jun 1861 — Pahlawan nasional Filipina, José Rizal dilahirkan di Kalamba, Laguna daripada pasangan Francisco Rizal Mercado dan Teodora Alonso. Rizal merupakan keturunan kelima Domingo Lam-co, seorang saudagar Cina yang telah berhijrah ke Filipina dari China akhir abad ke-17. Pada tahun 1603, kerajaan Raja Sepanyol Phillip III di Manila telah menghapuskan seramai 24,000 orang Cina yang tinggal di sekitar ibu kota yang baru itu kerana kononnya terdapat rancangan pemberontakan. Segelintir orang yang terselamat telah mengahwini perempuan tempatan dan perlahan-lahan mengadaptasi adat serta agama yang diamalkan di negara itu. Antaranya ialah leluhur Rizal. Bagi mengelakkan cukai yang lebih tinggi terhadap 𝒎𝒆𝒔𝒕𝒊𝒛𝒐 (kacukan Cina), seorang waris keturunan mereka diam-diam menukar nama keluarganya kepada "Mercado", yang dikelaskan sebagai 𝒊𝒏𝒅𝒊𝒐, nama yang sengaja diberikan oleh orang Sepanyol kepada kaum peribumi bertujuan merendah-rendahkan mereka. Kelak, apabila bergiat cergas dalam penentangan terhadap penjajah Sepanyol, nama keluarga "Mercado" ditukar kepada "Rizal" oleh José Rizal sendiri, atas nasihat abangnya, Paciano Mercado, supaya kegiatan kemerdekaan yang dijuang oleh Rizal tidak mempunyai kesan buruk ke atas keluarganya. #bukuibde #MalaysiaMembaca #booktokmalaysia #joserizal #rizal #josé #philippines #mercado #CapCut