Hukum Menyentuh al-Quran Ketika Berhadas Dalam membincangkan perihal menyentuh al-Quran tanpa bersuci, sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.[5] Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT: لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.[6] Imam Qurtubi menyebut di dalam kitabnya bahawa para ulama berbeza pendapat dalam hal menyentuh mushaf dalam keadaan tidak berwuduk, jumhur ulama melarang daripada menyentuhnya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Hazm RA. Dan ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali RA, Ibnu Mas’ud, Saad bin Abi Waqaz, Said bin Zaid, Ata’, al-Nakhai serta mazhab fuqaha’ daripada Malik dan Syafi’e.[7] Mazhab al-Syafi’iyah Imam al-Nawawi menyatakan: Haram bagi orang yang berhadas melakukan semua jenis solat, sujud, tawaf dan menyentuh mushaf.[18] Abu Ishaq al-Syirazi berkata: Diharamkan atas orang yang berhadas menyentuh mushaf, kerana firman Allah SWT: “Tidak ada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci.” Juga riwayat Hakim bin Hizam RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah menyentuh Al Quran kecuali jika kamu suci.” Dan diharamkan juga atasnya membawanya di lengan bajunya, sebab jika si Fulan diharamkan menyentuhnya, maka membawanya juga diharamkan.[19] Ibnu Hajar Al-Haitami pula menyatakan: Haram bagi seseorang yang sedang berhadas melakukan solat secara ijma’ dan perkara yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah jumaat, solat jenazah, tawaf sekalipun ia sunat seperti terdapat dalam hadith, dan membawa mushaf, menyentuh kertasnya, hasyiahnya serta kulit yang bersambung dengannya.[20] Pengarang Kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan: Menyentuh mushaf, membawanya, atau menyentuh lembarannya, atau kulitnya, atau membawanya di dalam poket ataupun kotaknya. Allah SWT berfirman: “Tidak ada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci.” Nabi SAW bersabda: “Tidak boleh menyentuh Al Quran kecuali seorang yang suci.”[21] Info: zulkiflialbakri.com Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil harus ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa... #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #rawfeedhhijab #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #hadas #mushafalquran #adabpegangquran