info
Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata : Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan. Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62) Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya, atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia. Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55) Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan : Maksudnya : Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia. Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324) Namun kami mencadangkan bahawa dalam masa yang sama, hendaklah teguran dengan cara yang terbaik diberikan kepadanya agar menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Selain itu juga, perbanyakkanlah doa semoga Allah S.W.T memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik. Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa... #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #rawfeedhhijab #sharf #kaf #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #kawanmenyakitkanhati #kawan #menjauhkandiri #janganlayan
Duration: 15 sPosted : Wed, 21 Feb 2024 07:23:03Views
873.4KDaily-
Likes
69.1KDaily-
Comments
929Daily-
Shares
6.4KDaily-
ER
8.75%Daily-
Latest