Usahawan produk kecantikan wanita, Kak KM terdahulu pernah mendedahkan kepada orang ramai berita melibatkan anak ketiganya yang menghadapi masalah jantung. Kali ini pula, dia sekali ditimpa ujian apabila kereta milik dia dan suami yang dijadikan kegunaan harian mengalami kerosakan teruk malam tadi. Kereta mewah jenis Toyota Alphard itu mengalami rosak di bahagian belakang setelah melanggar tembok rumah akibat perbuatan tidak disengajakan oleh suaminya. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, dipercayai suaminya yang dipanggil Abang Maman memandu kereta tersebut dan tidak sengaja masuk dalam mod gear mengundur ketika hendak memakir kereta. “Dah nak letak kenderaan, nak masuk gear P (parking) tapi tak perasan baru masuk gear R (reverse),” kata suaminya kepada pekerja lori tunda. Selain bahagian but kereta, video yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya itu menampakkan bahagian pintu pemandu turut ‘terkepak’. Dalam pada itu, kelihatan sebuah lori tunda bersama beberapa orang pekerja turut hadir membantu mengeluarkan kereta yang separuh badannya sudah jatuh ke bawah. Dalam nada sedih, Kak KM kesal dengan kerosakan kereta mewah tersebut dan menyifatkan suaminya tidak mahu bersama-sama menjaga harta dengan baik. Video kejadian itu telah meraih simpati netizen yang tidak sanggup mendengar Kak KM mengeluarkan kata² k3sat yang ditujukan kepada suaminya. Ada juga warganet memetik nama pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor susulan kenyataan berkaitan golongan wanita akan menjadi angkuh apabila memiliki kerjaya dan duit. Sebelum ini, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu dilihat sentiasa menghormati dan menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga namun kali ini mengejutkan warganet apabila mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap suaminya. Sumber: TikTok lianaroslikakkm #kakkm #alphard