Antara dasar umum dalam arena politik yang memiliki unsur keindahan ialah dasar “mengenang peristiwa” untuk menghidupkan tanda-tanda bermakna sesebuah negara serta menyambut upacara dan hari kebesarannya. Contohnya, untuk mengenang kemerdekaan Malaysia kita adakan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Dalam sejarah Islam, sewaktu pemerintahan ‘Umar sebagai khalifah kedualah pemilihan peristiwa hijrah untuk memulakan kalendar Islam dibuat. Bagi Umar, hijrah melambangkan pemisahan antara hak dan batil. Orang Arab juga ada tradisi untuk menggunakan sesuatu peristiwa untuk menandakan sesuatu tahun. Sebagai contoh, peristiwa Abrahah menyerang Makkah disebut Tahun Gajah. Tetapi kenapa Umar guna bulan Muharram, sedangkan hijrah berlaku pada bulan Safar? Bulan Muharram membawa kepulangan jemaah haji yang melambangkan suatu permulaan hijrah baharu. Begitulah tajamnya kebijaksanaan Umar dalam seni pentadbiran. Jadikan ma’al hijrah tahun ini batu loncatan ke arah menjadi insan yang bijak dan penuh hikmah. #bukuibde #booktokmalaysia #MalaysiaMembaca #hijrah #maalhijrah #muhammad #muhammadsaw #rasulullah #abubakar #umarbinkhattab #sejarahislam #bookrecommendations