PUTERI MANDI LEMAK BERKRIM Jangan gaduh pasal nama 🤭 panggil la apa pun janji boleh makan hehe Bahan-bahan : ✨6 cawan tepung pulut (bahagikan kepada 3) ✨2 cawan air (bahagikan kepada 3) ✨1sk pewarna makanan (3 warna) 🔸250ml air 🔸200ml santan pekat 🔸1/2 tin susu cair 🔸2 helai daun pandan 🔸2-3sb gula (adjust ikut selera) 🔸Garam (secukup rasa) Cara-cara : 📍Satukan tepung pulut, air dan pewarna makanan. Air letak sikit2 sampai dapat teksture yang kita nak. Ulang langkah sama untuk 2 warna lagi. 📍Didihkan air. Masukkan tepung satu persatu. Bila tepung dah masak dan terapung. Angkat, toskan dan masukkan kedalam air sejuk. 📍Dalam periuk lain. Satukan santan, susu cair, daun pandan, air, gula dan garam. Biarkan mendidih. 📍Last sekali boleh masukkan tepung yang kita rebus tadi. Rebus sebentar. 📍Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap 😋 Selamat mencuba 🍛 #foodstagram #instacooking #foodstyling #didapuryana #resepimemikatsuami #resepi #resepimelayu#menuberbukapuasa #ramadankareem #ramadhan2024 #puterimandi #buburcandil #butirnangka