Elon Musk bukan lagi manusia terkaya dunia, harta hanya tinggal RM 936 Billion sahaja Jeff Bezos dilapor berjaya memintas Elon Musk untuk muncul sebagai Manusia Terkaya Di Dunia, dalam laporan terbaharu Indeks Billionaire Bloomberg, yang diterbitkan pada Isnin. Pengasas Amazon itu ketika ini dianggarkan memiliki kekayaan USD200 bilion (RM946 bilion), manakala Musk yang jatuh ke tangga kedua memiliki kekayaan USD 198 bilion (RM936 bilion). Menurut CNN, kekayaan Bezos menokok sebanyak USD23 bilion (RM108 bilion) sepanjang tahun lepas. Musk pula, merekodkan penyusutan kekayaan sebanyak USD 31 bilion (RM146 bilion) bagi tempoh yang sama Mahkota Manusia Terjaya Di Dunia Elon Musk dirampas Jeff Bezos Terdahulu, Musk merampas semula takhta sebagai Manusia Terkaya Di Dunia bermula 23 Mei 2023, selepas mengambil alih mahkota tersebut daripada CEO LVMH, Bernard Arnault. LVMH merupakan salah sebuah konglomerat terbesar di dunia yang menaungi pelbagai jenama terkenal antaranya Louis Vuitton, Dior dan Celine. Arnault berjaya menerajui takhta itu selepas peningkatan jualan produk jenama mewah di bawah LVMH terus memacu kenaikkan saham konglomerat itu. Dalam kemas kini terbaharu, Arnault kini menghuni posisi ketiga dalam senarai Manusia Terkaya Di Dunia dengan kekayaan USD197 bilion. Ketiga-tiga individu berkenaan saling bersaing antara satu sama lain untuk menerajui takhta indeks berkenaan sejak beberapa bulan lepas. Kredit : Siakap Keli #liputan7