report1 liputan7officialreport2
Liputan 7
@liputan7official-
gr200.25K
followers1.52K
videos252.09M
views6.51M
likesrk
ia
report3
report5
report6https://www.tiktok.com/@liputan7official
report7
report8
report9
liputan7official's pricing:
Nano: $50–$300
Micro: $300–$1,250
Mid: $1,250–$3,500
Macro: $3,500–$12,000
Celebrity: $12,000+
report10
#fyp #foryou #dlaciebie #viral #dcb #fy #tend #foryoupage #obsessed #makeup #makeuptutorial #sheingals #shein #sheinEu #leo
report11
report12
report13
Polis sahkan 3 lelaki samun pengajar pelaburan Forex bukan anggotanya POLIS mengesahkan tiga lelaki dalam video tular yang bertindak menyumbat seorang pengajar pelaburan Forex masuk ke dalam sebuah Perodua Bezza bukan anggota badan beruniform itu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian samun dengan menyamar sebagai anggota polis di sebuah restoran dekat Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada Khamis lalu. Katanya, laporan telah dibuat oleh mangsa pada pukul 10 malam hari kejadian. “Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 170/ 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan samun berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan. #liputan7
Terlanggar basikal ketika memotong, lelaki maut digilis treler SEORANG penunggang motosikal maut digilis treler selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di hadapan sebuah stesen minyak dari Jalan Kapar ke Jalan Meru, 8.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hendak memotong treler di sebelah kiri. Beliau berkata, mangsa berusia 24 tahun bagaimanapun terlangar seorang penunggang basikal lalu terjatuh di sebelah kanan jalan sebelum digilis treler. “Akibat kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang basikal mengalami luka ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Surihan Samsudin Video penuh di telegram liputantujuh #liputan7
Berucap pada Majlis Peluncuran NACS 2024-2028 di Putrajaya hari ini, Anwar berkata isu rasuah tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak termasuk masyarakat awam perlu memainkan peranan membanteras permasalahan itu “Bila kita luncurkan agenda ini (NACS), ya tentu tonggaknya masih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi ia juga melibatkan yang lain (seperti) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan agensi lain, yang harus memastikan negara ini beranjak daripada ketelanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras (rasuah) “Saya punya keyakinan kepada Azam (Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki) dan keluarga SPRM yang telah diberi amanah, kepercayaan dan dukungan … tidak kenal darjat dan kedudukan (membanteras rasuah) supaya rakyat dapat mesej yang jelas,” katanya Anwar berkata Malaysia tidak boleh diselamatkan dan nasib rakyat tidak mungkin terbela jika membiarkan penguasa, penjawat awam dan badan penguat kuasa merasakan mereka mempunyai hak untuk memunggah kekayaan dan menjalankan pentadbiran mengikut hukum rimba Beliau berkata biarpun ada pihak cuba menggagalkan usaha SPRM mengambil tindakan terhadap pihak atau individu disyaki terlibat dalam kesalahan rasuah dan seumpamanya, menjadi tugas semua pihak termasuk generasi muda untuk menyelamatkan negara dan membela nasib rakyat. “Bayangkan pembasmian kemiskinan, sekolah, hospital, prasarana rakyat, nasib nelayan, petani, pekebun kecil getah, sawah padi … hampir semua boleh kita bereskan sekiranya kita dapat selamatkan negara daripada kerakusan, tamak haloba orang yang guna kuasa, kedudukan sama ada pimpinan politik atau penjawat awam atau swasta kerana tamak haloba yang tidak terkawal. “Untuk memerangi (rasuah), anda perlukan pasukan yang amat kuat, komited, berdedikasi dan berani. Memerangi rasuah perlukan undang-undang kukuh dan melindungi,” katanya. Anwar percaya majoriti rakyat juga resah dan benci dengan isu rasuah dalam negara, namun tidak dinafikan masih ada segelintir pihak yang mempertahankan salah guna kuasa dan rasuah kerana individu terlibat itu adalah daripada golongan berpengaruh dan berdarjat. Justeru, Anwar berkata pelancaran NACS oleh beliau hari ini dengan kehadiran dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta menteri-menteri lain, sebagai tanda sokongan dan dukungan kepada SPRM untuk melaksanakan agenda pembanterasan rasuah. “Saya percaya keluarga SPRM tahu bagaimana kadang-kadang mereka terpaksa hadapi serangan, tohmahan, malah (melibatkan) keselamatan kerana ‘pertarungan’ ini dahsyat. “Sebab itu yang kita perlu ada ialah kesungguhan, tekad, keikhlasan untuk memerangi ini sebagai satu dasar yang perlu demi menyelamatkan negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya. NACS merangkumi lima strategi melibatkan pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan dan insentif. Mengulas mengenai strategi itu, Anwar berkata di bawah pendidikan, anak-anak di sekolah perlu dilatih untuk membenci rasuah dan penyalahgunaan kuasa, manakala dalam kalangan rakyat pula mesti ada program pendidikan yang meluas supaya ada kesedaran mengenai bahaya rasuah. “Di bawah kebertanggungjawaban awam pula, ia bukan urusan SPRM atau Jemaah Menteri (semata-mata), ini urusan kita. “Apakah kita mahu selamatkan negara kita atau biarkan? Saya (ucap) tahniah dan salute (tabik) kepada SPRM kerana ambil tindakan berani dan tegas. “Strategi suara rakyat itu boleh membentuk dan mempengaruhi dasar dan memberi dukungan kepada pegawai-pegawai pelaksana,” kata Anwar. Di bawah strategi penguatkuasaan, beliau berkata anggota penguat kuasa perlu berani, tegas dan memikul amanah dengan cekap. “(Di bawah strategi ganjaran), saya tak nafikan beri ganjaran dan insentif yang sesuai supaya dalam melaksanakan pembanterasan ini, kita berikan ruang sama ada kepada pegawai, penjawat awam atau orang ramai yang memberikan kerjasama untuk menjayakannya,” kata Perdana Menteri. - Bernama
Safiq rahim pula jadi mangsa serangan PEMAIN tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu oleh dua individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan kelab itu di Seri Gelam pada malam Selasa. Insiden itu dikongsikan Safiq menerusi laman Instagramnya bersama salinan laporan polis yang dibuatnya selepas kejadian itu. "Tak sangka saya pula kena serang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kena berjaga-jaga," katanya. Menerusi laporan polis itu, kejadian berlaku pada jam 10 malam semasa dia memandu kenderaannya selepas selesai mengambil barang di pusat latihan JDT. "Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan salah seorang pembonceng itu mengeluarkan tukul mengetuk cermin belakang kereta. "Ketukan itu membuatkan saya terkejut dan memberhentikan kereta dan kedua-dua lelaki itu berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya. "Akibat takut, saya mengundurkan kenderaan dan dua lelaki itu beredar," katanya dalam laporan polis itu. Insiden terbaharu itu nyata membimbangkan selepas dua kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid dan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun di hadapan kediamannya di Kuala Terengganu. Petikan laporan daripada portal berita SinarHarian #liputan7
Halau penumpang: APAD gantung pemandu bas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengarahkan syarikat bas yang terbabit dalam isu pemandunya bertindak kasar terhadap seorang penumpang, untuk menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan insiden serupa tidak berulang. Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat. “APAD sekali lagi ingin menegaskan pendirian untuk tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pengusaha dan pemandu perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berupaya menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan pengangkutan awam darat,” menurut kenyataan itu. APAD mengeluarkan kenyataan itu susulan insiden seorang pemandu bas perkhidmatan awam yang bertindak kasar terhadap seorang penumpang di Johor Bahru, Johor Dalam rakaman video berdurasi 50 saat yang tular menerusi media sosial baru-baru ini memaparkan pemandu bas henti-henti itu telah memarahi dan bertindak kasar terhadap seorang penumpang wanita sebelum menghalau keluar penumpang terbabit. APAD memaklumkan pihaknya ingin mengingatkan mana-mana syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, peringatan tegas juga diberikan kepada semua pengusaha dan pemandu perkhidmatan agar sentiasa mengamalkan etika kerja yang profesional dan berhemah. “Sebarang ketidakpatuhan perkhidmatan akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan yang dikuatkuasakan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk bertenang dan tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai. “Sebarang aduan tentang perkhidmatan pengangkutan awam boleh disalurkan melalui saluran aduan rasmi yang disediakan oleh syarikat mahupun pihak kerajaan,” katanya. - Bernama #liputan7
Faisal kritikal, mengadu sakit terbakar dalam kulit Shah Alam: Kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam. Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan keadaan Faisal boleh dikatakan semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat. Malah, beliau yang juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak. "Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat. "Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua. "Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat. "Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya, ketika dihubungi Arena Metro. Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Ia kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas. Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan. Sementara itu, tinjauan Arena Metro di hospital swasta berkenaan mendapati keadaan tenang dan kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga Faisal yang menunggu untuk mendapatkan laporan terkini berkaitan keadaan pemain itu. Petikan laporan daripada portal berita Harian Metro Kredit : Harian Metro #liputan7
Lelaki pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB kena penjara, denda Hulu Selangor: Seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu di sini hari ini, kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu (KKB). Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret, menjatuhkan hukuman itu ke atas P Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah mengarahkan Ramasamy yang berkerja sendiri itu, untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei dan akan dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Ramasamy didakwa melakukan perbuatan itu dan membawa sepanduk Pakatan Harapan (PH) menggunakan kenderaan pacuan empat roda, dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan permusuhan antara golongan pengundi yang berbeza dalam PRK KKB, untuk mendorong mana-mana pengundi supaya mengundi calon PH. Perbuatan itu dilakukan di sekitar Taman Bukit Bunga dekat sini pada 5.40 petang, 4 Mei. Pertuduhan mengikut Seksyen 4(A)1 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Ramasamy dalam rayuannya memohon maaf kepada mahkamah selain meminta diberikan hukuman ringan, atas alasan beliau tidak mengetahui bahawa tindakan berkenaan adalah salah. Asmah pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, bahkan untuk rakyat Malaysia supaya kejadian seperti itu tidak lagi berulang. "Saya mohon hukuman berat diberikan kepada tertuduh dengan mengambil kira kes dan kesalahan yang dilakukan telah melibatkan dan menghina Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan satu isu sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia," katanya. Semalam, Bernama melaporkan polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen PRK KKB. #liputan7
TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23TODO LO QUE TENGO QUE HACER🥺 TE UNO A WASSAP SI ME PASAS ESTE VIDEO POR INSTA: CARXLOSC #fyp
00:23similar
Svetlana Zaitseva
@svetlanazaitsevaofficial376.04K
followers
152
videos
martinatinarelli
@martinatinarelli369.05K
followers
1.17K
videos
Lychee
@verylychee354.92K
followers
524
videos
Rebecabarcellos
@rebecabarcellos_327.91K
followers
5
videos
Nenayyyy✨
@nean_morales304.58K
followers
2.85K
videos
HmmQdelicia_
@hmmqdelicia_303.88K
followers
26
videos
Johnny
@_thekimchicowboy287.81K
followers
6.54K
videos
Awekz kg
@awekzkg284.43K
followers
2.16K
videos
TEACHER YESHA💕
@teachertiktokaffiliate274.92K
followers
1.10K
videos
Sonička Slávička 🇩🇴🇵🇱🇸🇰
@sonicka.slavicka274.77K
followers
923
videos
other
titus irl
@7itus110.28K
followers
211
videos
صدقة جارية /Quran.
@ylit.1108.53K
followers
39
videos
MUHAMMAD ISRA
@muhammadisra_356.35K
followers
2.75K
videos
Reed Gonzales
@gonzothefedexguy55.75K
followers
267
videos
Putraanainggolan
@parhusip18_41.80K
followers
37
videos
Callmenona🦋
@nona01200119.11K
followers
571
videos
Khattaliya2001
@ktty.en._.200113.83K
followers
111
videos
小泡芙Yolo.🐾
@gloriousbags78.82K
followers
0
videos
วินนี่ แมวหมูหมี
@winnie_catpigbear7.90K
followers
92
videos
ไอซ์จะไม่ทนกับคนนิสัยไม่ดี🐳
@rtnk.ice5.82K
followers
328
videos