info
Mungkin ramai lagi tak tahu yang perkataan kalio memberi maksud hidangan yang dimasak seolah gulai, namun kuahnya pekat seperti kuah rendang. Kalio ayam ini ialah masakan yang berasal dari Minang BAHAN A 1/2 ekor ayam 2 sudu besar cili kering kisar 1 mangkuk santan BAHAN B (BAHAN KISAR) 10 ulas bawang kecil merah 4 ulas bawang putih 1/3 inci halia 1/2 inci lengkuas 1/2 inci kunyit hidup 1 keping asam jawa Daun kunyit Daun limau purut 2 batang serai CARA memasaknya: Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan cili kering, cik ros tambah sedikit ketumbar dan lada putih Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama serai sehingga naik minyak. Apabila cili telah garing masukkan ayam dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan dan kacau. Setelah mendidih masukkan garam kasar, daun limau purut serta daun kunyit. Masak sehingga kuahnya menjadi sikit dan berminyak. Siap untuk di hidangkan. #kuali #kualitiktok #kualitakmelekat #kualibesi #kalio #kaliohatidanpedalayam #cikrosrempeyeksegamat #ingatrempeyekingatcikros
Duration: 117 sPosted : Tue, 29 Oct 2024 09:00:24Views
522Daily-
Likes
19Daily-
Comments
4Daily-
Shares
2Daily-
ER
4.79%Daily-
Latest