info
Bahan-bahan nasi : (saya buat separuh dari resepi) -4 cawan beras -1 cawan beras pulut -3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam -1 cawan + 1/2 cawan santan KARA + sedikit garam -1 sudu besar halba -5 ulas bawang merah -3 ulas bawang putih -1/2 inci halia Cara buat nasi dagang : 1. Campurkan beras dengan beras pulut dan rendam semalaman. Paling sekejap 2 jam. 2. Kukus beras yang sudah direndam tadi selama 20 minit. 3. Angkat dan kaup nasi dalam bekas besar dan gaulkan dengan santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga santan meresap. 4. Kukus semula selama 20 minit lagi. 5. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam santan pekat. 6. Panaskan sebentar di atas api, jangan sehingga mendidih. 7. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat sehingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi sudah nampak elok lembut. 8. Kukus semula dalam 20 minit lagi. Angkat dan boleh dihidangkan. Bahan-bahan Gulai Ikan : -1 ekor ikan tongkol (kukus/rebus bersama asam keping + garam + nisan semalaman) -10 biji bawang merah* -4 biji bawang putih* -1 inci halia* -1 inci lengkuas* -5 sudu besar rempah gulai -3-4 sudu cili boh -200ml santan -Asam keping -Nisan kerek -Garam -Cili padi merah dan hijau -Telur rebus (dimasukkan selepas gulai masak) Cara-cara : 1. Kisar bahan-bahan bertanda * 2. Panaskan minyak banyak dan masukkan bahan kisar, campuran rempah bersama cili boh dan tumis sehingga pecah minyak 3. Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ikan 4. Masukkan ikan dan asam keping. Tambahkan santan. 5. Tunggu mendidih dan perasakan. Bahan-bahan acar : (guna resepi Richard) -1 batang timun -1 batang carrot -Gula 75g -Garam 1/2 sudu teh -Cuka putih 30g -Cili Merah -Bawang Merah Cara dia; potong carrot & timun ikut suka, gaul je semua sekali sampai sebati. p/s : dekat beg oren ada jual set Nasi Dagang Atas Tol untuk yang malas nak buat sendiri 🤭 #nasidagang #nasidagangterengganu #nasidagangatastol #resepimudah
Duration: 28 sPosted : Mon, 28 Oct 2024 06:00:12Views
1.3KDaily-
Likes
65Daily-
Comments
7Daily-
Shares
1Daily-
ER
5.72%Daily-
Latest