info
“Kalau saya setuju untuk berkahwin dengan tuan, adakah saya akan mendapat kebebasan saya semula?” Badan ditegakkan dan Maalik kembali bersandar. “Sudah tentu. You isteri I, bukan hamba untuk dikurung. I akan beri kebebasan kepada you untuk menjalani kehidupan seharian. Tapi I tak benarkan you bekerja. Sambung belajar semula dan habiskan pengajian you. Lepas tu baru kita fikir apa rancangan you yang seterusnya. Sama-sama fikir. I tak nak you buat keputusan sendiri.” Jelas ketegasan dalam nada suara Maalik. Elena membalas pandangan mata Maalik. “Saya ada satu permintaan. Boleh tuan tunaikan?” “Bergantung.” Tangan naik membelit badan sendiri. “Apa permintaan you?” “Rahsiakan pernikahan kita daripada pengetahuan umum dan saya tak nak adakan apa-apa majlis. Cukup akad nikah sahaja.” Berkerut kening Maalik bila mendengar permintaan Elena. “Pasti?” Elena angguk. “Tapi kenapa?” “Saya tahu tentang kedudukan tuan di mata masyarakat dan saya juga tahu impaknya ke atas saya bila mereka tahu saya adalah isteri tuan. Saya cuma mahukan kehidupan yang normal seperti mana yang pernah saya jalani dahulu.” Dia sedar bahawa dia bukan sesiapa. Juga tidak setaraf dengan Maalik. Kerana itu juga dia mahu pernikahan ini dirahsiakan. Dia perlukan masa untuk memulihkan kehidupannya dan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang lebih layak berdiri di sisi Maalik. Pada ketika itu jika Maalik ingin memperkenalkan dia kepada seantero dunia juga dia izinkan. “Mustahil Elena.” “Kalau macam tu kita tak payah kahwin.” #MaalikHughes #wattpadstories #booktokers #malaynovelbrunei
Duration: 22 sPosted : Sun, 29 Sep 2024 07:58:27Views
2.6KDaily-
Likes
44Daily-
Comments
2Daily-
Shares
1Daily-
ER
1.84%Daily-
Latest