info
VAR dan Liga Malaysia Kebiasaannya kita tengok di liga luar, namun kini VAR di liga kita. Sejujurnya bila di peringkat awalan ni memang akan ada banyak kelemahan. Lagi-lagi bila kita compare dengan EPL / World Cup yang sudah menggunakan VAR sejak 2018. Tetapi yang menjadi masalah utama apabila sesetengah penyokong tidak faham bagaimana proses VAR ini. Untuk makluman semua, bukan semua insiden pengadil akan buat Review TV. Pengadil VAR akan buat penilaian awal dahulu dengan proses Checking. Apabila ada unsur untuk mengubah keputusan, Pengadil VAR akan suggest kepada Pengadil Utama untuk buat Review TV. Sekiranya tiada, perlawanan akan diteruskan seperti biasa. Penyokong harus faham yang apabila ada insiden berlaku dan tiada VAR Review, bermakna keputusan pengadil tepat dan tidak perlu untuk mengubah keputusan tersebut. Dengan itu daripada kita marah dengan keputusan pengadil tidak check VAR. Adalah lebih baik kita mencari jawapan berdasarkan Undang-undang Permainan, βKenapa keputusan dibuat begitu?β Hal ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan kenapa keputusan begitu dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang undang-undang bolasepak. Sejujurnya undang-undang bolasepak ada perubahan dari hari-hari dan menjadi semakin rumit bila kita tak mengikuti perkembangannya. Apapun sama-sama kita beri masa dan ruang kepada VAR di negara kita dan dalam masa yang sama kita doakan agar bolasepak kita ke arah yang lebih baik. #ForYouSports #SukanDiTikTok #ligasupermalaysia #VAR #KongsiJer
Duration: 90 sPosted : Tue, 14 May 2024 09:34:59Views
31.8KDaily-
Likes
2.2KDaily-
Comments
36Daily-
Shares
16Daily-
ER
7.09%Daily-
Latest