info
rea.dy fi.le Bila kau tak mampu nak bagi tahu suami kau yang korang ada anak. Dah enam tahun umur budak tu. Kau rasa... teruk! 🌹 TEASER 5: PENGANTIN TANPA ISTERI “Eyad tolak kawan dia sampai terseliuh tangan.” “Eyad tolak kawan dia?” Mata Qina terbuntang. Hajah Kesuma angguk dalam senyuman. Ikutkan dia tak mahu bercerita. Tak mahu menyusahkan hati Qina yang dia tahu tak tenang mana. Tapi kalau bukan dari mulutnya, anaknya itu akan tahu juga kerana Eyad bukan jenis pandai menyimpan rahsia. “Eyad bukan jenis garang macam tu, kan umi?” “Bukan Eyad yang mulakan. Kawan dia tu provoke dia.” “Apa yang kawan dia dah buat umi?” Dia mama Eyad. Dia tahu betul betapa Eyad itu jenis tenang. Tak mudah marah dan melatah, kecuali jika hatinya betul-betul sakit. “Kawan Eyad kata dia tak ada ayah. Eyad anak yatim sebab itulah ayah Eyad tak pernah ambil Eyad kat tadika.” “Dia kata Eyad anak yatim?” Qina garu kening yang tiba-tiba gatal. Cuba membayangkan berapa umur kawan Eyad itu. Kalau bukan enam tahun, mungkin lima atau empat tahun. “Tu yang Eyad marah tu. Dia dah cakap berkali-kali yang dia ada papa. Nama papa dia Syed Ariq Eshan tapi tetaplah kawan dia tu gelar dia anak yatim.” “Berapa umur kawan Eyad tu agaknya umi?” “Baya-baya Eyad jugalah. Kalau tujuh tahun mestilah dah masuk darjah satu.” “Tapi perangai macam boleh tahan ya?” “Budak-budak Qina. Bukan tahu soal betul atau salah. Main cakap aje apa yang dia fikir betul. Macam Eyad juga, kan?” “Tapi Eyad tak pernah cakap buruk pasal orang lain umi. Kalau bercerita pasal kawan-kawan dia, semuanya yang baik-baik. Semua orang pun dipuji-puji termasuk mak ayah kawan-kawan dia sekali. Tapi kenapa kawan dia layan dia macam tu?” Bukanlah dia hendak memenangkan Eyad sebab dia mama Eyad. Tidak. Eyad tolak kawan setadikanya, itu salah dan dia tak akan memutar-belitkan fakta demi memutihkan imej Eyad. Tapi apa yang kawan Eyad buat pun tak betul. “Itu sebab Qina dah didik Eyad dengan baik sejak kecil sebab tu Eyad nampak semua orang baik.” “Bukan Qina yang didik Eyad tapi umi sebab masa umi lebih banyak dengan dia dibandingkan Qina.” Bukannya dia sengaja membiarkan Hajah Kesuma menjaga Eyad. Tapi uminya itu yang beria-ia mahu Eyad tinggal di Kundasang. Tak sampai hati melihat dia yang terkejar-kejar menguruskan hidup sendiri, ketika itu. Asalnya dia membantah kerana Eyad itu anaknya. Tempat Eyad di sisinya. Hanya saja bila kerjanya kadang-kadang memaksa dia pulang lewat atau berada di luar kawasan, dia tak ada pilihan lain. Dia lebih percayakan uminya daripada pembantu rumah. “Eyad kata pada kawan dia yang papa dia kerja jauh. Kalau nak jumpa papa dia kena naik kapal terbang. Tapi kawan dia tetap ejek-ejek dia sampai dia hilang sabar.” “Akhirnya umi selesaikan macam mana pasal tu?” “Umi pergi sekolah, minta maaf sebab mak ayah kawan Eyad nak bawa kes Eyad tu ke balai polis.” “Lah... budak enam tahun punya cerita aje, kan?” “Terseliuh tangan budak tu. Kalau kita mak dia marah juga kita, kan?” “Qina minta maaf, umi susah sebab Eyad.” “Eyad tu siapa? Cucu umi, kan? Umi tak rasa susah sikit pun.” Qina mengeluh lemah. Meskipun uminya tak rasa disusahkan, tetaplah dia rasa bersalah kerana sebagai mama Eyad, sepatutnya dialah yang perlu menghadapi semua ini. Bukan uminya. “Sampai bila Qina nak terus berahsia tentang Eyad?” Seluar tidur Eyad, Qina capai. Diusap-usap sedikit sebelum dilipat kemas. “Umi kesian tengok Eyad tu Qina. Tak sampai hati bila dia tanya umi, papa dia sebenarnya ada kat mana?” “Belum masanya lagi umi,” ujar Qina rendah. “Bila masa yang sesuai tu Qina? Tahun depan Eyad dah nak masuk darjah satu. Umi percaya masa tu lagi banyak yang terpaksa Eyad hadap. Ada macam-macam hari dan aktiviti yang memerlukan Eyad bawa papa dia ke sekolah.” Retak seribu hati Qina. Dia faham apa maksud uminya. Malah dia lebih faham apa perasaan Eyad. Tapi dia pun tak ada jawapan untuk pertanyaan Hajah Kesuma kali ini. “Dah tujuh tahun Qina...” “Qina yang tinggalkan Ariq, umi. Tiba-tiba Qina bawa Eyad jumpa dia. #pengantintanpaisteri #aleyaaneesa
Duration: 0 sPosted : Sun, 12 May 2024 10:56:28Views
1.6KDaily-
Likes
32Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.02%Daily-
Latest