info
Polis sahkan 3 lelaki samun pengajar pelaburan Forex bukan anggotanya POLIS mengesahkan tiga lelaki dalam video tular yang bertindak menyumbat seorang pengajar pelaburan Forex masuk ke dalam sebuah Perodua Bezza bukan anggota badan beruniform itu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian samun dengan menyamar sebagai anggota polis di sebuah restoran dekat Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada Khamis lalu. Katanya, laporan telah dibuat oleh mangsa pada pukul 10 malam hari kejadian. “Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 170/ 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan samun berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan. #liputan7
Duration: 0 sPosted : Thu, 09 May 2024 04:15:47Views
7.0KDaily-
Likes
84Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
1.20%Daily-