info
Pengusaha restoran yang menggunakan sentimen perkauman dan menyasarkan kaum tertentu sebagai pelanggan tidak akan dapat memajukan perniagaan mereka, kata bekas juri Masterchef Malaysia, Chef Zubir Zain. “Pengusaha perniagaan harus sedar, negara ini berbilang bangsa. Jika mereka hanya mahu mensasarkan pasaran orang bumiputera sahaja, perniagaan mereka sukar untuk meluas,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Zubir sebaliknya menyarankan pengusaha Muslim agar menumpukan konsep “Halalan Thoyyiban” dan bukannya menggunakan sentimen perkauman untuk menarik pelanggan. “Industri halal sangat meluas di negara kita, bahkan pengusaha makanan daripada bukan Muslim juga mula mengejar sijil halal demi menarik orang Melayu yang merupakan pengguna terbesar agar membeli produk mereka,” katanya. Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken (DFC) yang menerima kecaman berhubung komen di media sosial baru-baru ini. Ia bermula apabila pihak pentadbir laman Facebook restoran itu membalas komen seorang pelanggan yang mempersoalkan harga mahal di restoran terbabit. Pihak restoran itu kemudian meminta pelanggan berkenaan tidak ‘ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh type C’, yang dipercayai merujuk kepada orang Cina di Malaysia. Restoran yang mendakwa ‘100 peratus bumiputera’ itu kemudian membuat permohonan maaf dengan alasan perkara itu tidak disengajakan. Restoran itu juga mendakwa pentabir laman Facebooknya gagal mengawal emosi setelah membaca komen-komen negatif di media sosial. #beritatiktok #fyppppppppppppppppppppppp #siakapkeli #fypage #natizenterheboh #malaysiamadani #ceritapendek #fypシ #fypシ #malaysia #mstar #fypシ゚viral #fyp
Duration: 10 sPosted : Wed, 08 May 2024 05:32:50Views
518Daily-
Likes
3Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
0.58%Daily-
Latest