Agama di sini bukan bermaksud sijil sekolah agama, tetapi ialah ilmu agama yg bukan sahaja dipelajari tetapi juga diamalkan. Nabi s.a.w sendiri berpesan, nak cari pasangan, cari lah yg beragama. Cinta ada masanya naik dan ada masa ia akan surut. Kecantikan itu masa mudanya indah, tetapi apabila dah tua ia akan semakin pudar. Kekayaan pula ada masanya untung dan ada masanya boleh jadi bangkrap. Sebaliknya kefahaman terhadap agama yg diamalkan akan menjadi benteng dan perisai kepada semua kelemahan² tadi. Walaupun tiada lagi cinta, tetapi tanggungjawab terhadap isteri tetap terjaga kerana agama menuntut dia melakukannya. Kredit : Ustaz Mohd Saleh #sharingbynfam #mentormak2 #nasihat #katakata #pasangan