info
Tangki emosi anak sulung Bila bercerita tentang anak sulung ni boleh jadi sebak. Kerana merekalah yang banyak menyerap impak ‘kegagalan’ sewaktu kita berusaha belajar menjadi ibu. Tanpa sedar kita mungkin telah banyak melukakan hati mereka dan banyak yang mereka pendam serta tak terluah. Saya bukan pakar parenting yang layak bercerita tentang kaedah terbaik mendidik anak. Saya pun masih banyak bertatih setiap hari. Ada masa tetap kecundang juga, tetap termarah dan sebagai ibu saya tetap juga ada membuat salah. Jadi meminta maaf dan mengekspresikan rasa sayang secara verbal itu yang terbaik saya mampu lakukan sejak anak-anak kecil. Ada yang cakap, “Nanti dah minta maaf, marah lagi anak tu. Apa guna minta maaf?” Kerana minta maaf itu bukan dilakukan tanpa sebab dan bukan mengiyakan segala perilaku anak yang jelas salah. Tidak sama sekali. Kita meminta maaf bukan untuk membesarkan anak seperti hamba melahirkan tuan. Kita meminta maaf bila kita sebagai ibu dan ayah ada buat silap dan termarah mereka tanpa sebab yang jelas. Agak sukar untuk minta maaf itu dituturkan jika ia bukan satu kebiasaan. Hati kita meronta untuk ucapkan sayang dan maaf. Tetapi kita risau jika meminta maaf membuatkan anak besar kepala. Hakikatnya meminta maaf dan mengucapkan sayang kepadanya membuatkan tangki emosinya terisi dan anak-anak juga akan mudah meminta maaf bila mereka sedar mereka telah melakukan kesilapan. Anak sulung pula, merekalah yang selalunya belajar menjadi dewasa lebih cepat sedangkan mereka masih lagi kanak-kanak kecil. "Maafkan ibu sayang kerana lupa membelek jarimu yang masih kecil dek terlalu ralit menjaga adik-adikmu. Sedangkan hakikatnya kamu juga masih perlu bermanja dan dahagakan pelukan dan kasih sayang ibu dan ayah..." Jangan abaikan perasaan mereka. Kerana anak sulung ini anak yang belajar matang dan cepat memaafkan saat melihat kegagalan kita mendidik mereka. Beruntung ibu ayah yang bersedia dengan ilmu parenting sebelum kehadiran cahaya mata. Dan kita yang baru tersedar, tidak terlewat untuk kita memperbaiki apa yang kurang walaupun masih jauh untuk jadi sempurna. Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo #learnontiktok
Duration: 0 sPosted : Mon, 06 May 2024 08:36:17Views
26.0KDaily-
Likes
658Daily-
Comments
32Daily-
Shares
133Daily-
ER
3.17%Daily-
Latest