info
Kes berlutut minta maaf selesai antara pihak penyanyi rap sensasi Caprice dan seorang pemuda, baru-baru ini telah selesai. Susulan itu, penyanyi yang juga pempengaruh media sosial meminta mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kes pemuda berkenaan berlutut minta maaf depan isterinya, Farra Inalis ‘move on’. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, kes berlutut minta maaf selesai dan pihak keluarga pemuda berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan yang dilakukan oleh isterinya. “Kes ditutup. Pihak atau ibu pemuda tu pun okey dengan tindakan kami. Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati dengan cara Elis, dah boleh move on,”katanya. Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun meminta orang ramai melawan dan mencegah budaya buli siber dengan memberi pengajaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Caprice berkata, masyarakat pada masa kini tidak boleh terlalu manjakan generasi muda sehingga mereka lupa akan adab dengan orang disekeliling. “Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli siber. “Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa tu adab. InsyaAllah, pengajaran untuk kami semua,”katanya lagi. Sebelum ini, pemuda berkenaan berlutut minta maaf depan isteri Caprice selepas memaki anaknya, Airiel Qashaf di media sosial. Disebabkan marah, Farra Inalis atau biasa disapa Elis telah meminta agar pemuda terbabit berlutut meminta maaf sebelum memberi amaran untuk tidak melakukannya lagi kepada sesiapa pun diluar sana. Bagaimanapun, tindakan Elis meminta pemuda berkenaan melutut meminta maaf mengundang kecaman sehingga menerima teguran daripada beberapa pihak termasuk penceramah bebas, Syamsul Debat Sumber: IG capricedaddycap #caprice #berlutut #mintakmaaf #selesai #moveon
Duration: 16 sPosted : Sun, 05 May 2024 08:20:44Views
188.9KDaily-
Likes
605Daily-
Comments
168Daily-
Shares
29Daily-
ER
0.42%Daily-
Latest