info
"Mak teringat wa dengan anak-anak. Balik kabo ya mak buatkan laksa" Hari gerak balik perak mil whatssap lagi, "Mak tengah masak ni. Laksa, sup ayam, ayam goreng, ikan keli deja" Mak tau fav cucu-cucu sup ayam dan ayam goreng. Ayam goreng hitam mak sedappp. Ikan keli tu deeja memang suka π Laksa lagi la. Hantu betul untuk anak menantu. Sekarang cucu-cucu pun suka sangat laksa emak. Neneknya tengah puasa 6 pun prepare macam2. Terima kasih mak β€οΈβ€οΈ mak mertua terbaik di duniaaa. Sayang mak. Nak balik kirim lagi makanan. Acara bergambar pun wajib. Dulu-dulu takut dengan mak. Ex guru besar kan. Tegas dan garang. Hehe. Anak-anak pula semua lelaki. Sorang jer perempuan. Tapi semakin duduk dalam family ni, semakin kenal mak banyak benda kami dapat berkongsi rasa dan perasaan. Sekarang pasal baju pun dah boleh share sebab minat sama suka baju labuh. Terima kasih Allah π₯Ή Diberikan umi kandung dan mil yang penyayang. (Rindu my umi tooo much!) Sebenarnya banyak nikmat lain Allah beri. Kadang-kadang kita yang alpa kerana fokus kepada satu masalah jer π₯² Semoga Allah menjaga baik hubungan kekeluargaan antara kami walaupun ke depan hari kita tak tahu kan siapa dulu yang akan pergi atau apa yang terjadi. Simpan sini kenangan raya 2024. Alhamdulillah walaupun turn kali ni lambat. Cuba juga cipta mood raya dengan mak mertua. Alfatihah untuk arwah ayah mertua. #journalbywawa
Duration: 0 sPosted : Sat, 27 Apr 2024 12:59:28Views
17.9KDaily-
Likes
3.2KDaily-
Comments
8Daily-
Shares
26Daily-
ER
18.05%Daily-
Latest