info
10 Syawal : Mini gathering raya pertama di #rumahfortunehills. Yang ni grup jadi kawan sebab anak masing² sama sekolah STF dulu. Alhamdulillah. Btw jubah dress sis dari @qayracouture.os memang selesa pakai sambil buat kerja. Nak simple boleh pakai jubah hitam yang dalam tu jer. Sarung baju yang luar terus nampak glam gitu 🥰. So sis sharelah sikit pengalaman mengadakan jamuan raya. Mana tau bermanfaat untuk korang kan 🥰. Sis pun mana yang kurang akan cuba perbaiki lagi untuk masa hadapan. 💟 Since lepas berkumpul rumah sis sambung lagi 2 rumah dan jamuan pun waktu malam maka menu simple saja jadi pilihan - mee bandung, roti jala kari ayam, sedikit dessert iaitu cream puff & kek lapis. 💟 Menu utama sis letak kat sideboard supaya senang semua tetamu nak ambil makanan tapi sideboard ni kecil jadi mee bandung sis letak kat meja makan. Rasanya macam susah sikit tetamu wanita nak ambil sebab kat situ lelaki yang duduk. So macam nak kena beli sideboard barulah. Tiberrr 😜. 💟 Lepas makan menu utama tapi sesi bersembang aka membawang 🤣 belum tamat maka perlu ada hidangan ringan atas meja yang tetamu tak perlu bangun untuk ambil - air panas, air masak dingin, kerepek, kuih & kek. Kena buat 2 set lah sebab tetamu lelaki & wanita duduk meja berasingan. Dan tiber rasa kena cari tea set baru. Lahhh 🤪. #rumahfortunehills #raya2024 #tiktokhome
Duration: 51 sPosted : Sun, 21 Apr 2024 03:19:14Views
87.5KDaily-
Likes
2.1KDaily-
Comments
67Daily-
Shares
191Daily-
ER
2.66%Daily-
Latest