info
Bekas Ketua Polis Negara yang berkhidmat paling lama telah meninggal dunia. Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang merupakan Ketua Polis Negara dari tahun 1974 sehingga 1994 itu telah menghadap Ilahi sekitar 2.15 pagi tadi pada usia 85 tahun. Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Pahlawan, Masjid Negara petang ini. Allahyarham merupakan Ketua Polis Negara terlama berkhidmat iaitu selama 20 tahun. Beliau banyak melakukan perubahan dalam memperkasakan institusi kepolisan di Malaysia dan sangat menitikberatkan perihal kebajikan anggotanya. Pemuda PAS mengucapkan salam takziah kepada kerabat dan sahabat taulan lagenda PDRM ini. Semoga Allahyarham dikurniakan kebaikan di sisi Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Aamiin. Al-Fatihah. #PemudaPAS #generasisejahtera
Duration: 0 sPosted : Sat, 20 Apr 2024 06:16:10Views
3.4KDaily-
Likes
146Daily-
Comments
13Daily-
Shares
3Daily-
ER
4.75%Daily-
Latest