Mazhab Syafie menyatakan bahawa puasa enam merupakan ibadah SUNAT sepanjang Syawal tidak kira sama ada dilakukan secara berturut-turut atau berpisah. Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Nawawi bahawa: Maksudnya: โUlama Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdal (lebih baik) dalam melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri. Jika tidak berturut-turut, (misalnya sehari berpuasa dan dua hari kemudian tidak berpuasa, kemudian sambung berpuasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat kelebihan al-Mutabaโah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di bulan Syawal.โ Nabi S.A.W bersabda: ู
ููู ุตูุงู
ู ุฑูู
ูุถูุงูู ุซูู
ูู ุงููุชูุจูุนููู ุณูุชููุง ู
ููู ุดููููุงูู ููุงูู ููุตูููุงู
ู ุงูุฏููููุฑู โSesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.โ (HR Muslim, hadis sahih) Semoga bermanfaat buat semua. SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA ๐ฅฐ๐ฅฐ #puasa6 #syawal #pahala