info
Apa sudah jadi kepada kabinet kerajaan Anwar Ibrahim hari ini?! Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi telah kemukakan afidavit dalam membantu semakan kehakiman kes DS Najib Razak yang mengesahkan ada lampiran bertulis bukti titah mantan Yang Dipertuan Agong bahawa memang ada kebenaran untuk DS Najib Razak mendapat kelonggaran menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan di rumah. Apakah ada salah guna kuasa berlaku hingga terhalangnya perkara ini daripada dilaksanakan? Siapa yang arahkan maklumat ini disorok? Apa sikap Anwar Ibrahim bila salah seorang ahli jemaah menteri beliau yang senior melawan menteri-menteri beliau yang lain dalam semakan kehakiman ini? Bukankah semua Menteri tertakluk di bawah prinsip “collective responsibility” dan mana-mana pihak yang tak setuju kena letak jawatan? Ini benar-benar sudah jadi kabinet luar tabii! #najibrazak #zahidhamidi #1mdb #anwaribrahim
Duration: 158 sPosted : Wed, 17 Apr 2024 11:22:48Views
116.9KDaily-
Likes
4.8KDaily-
Comments
412Daily-
Shares
518Daily-
ER
4.88%Daily-
Latest