Setiap kali raya muruku mesti kena ada.Baru sedap dikunyah2 sambil berborak bersama keluarga.. MuRuku ======= Bahan : 500gram Tepung pulut 500gram Tepung kacang kuda 2sudu besar jemuju-sangai 1 sudu besar serbuk jintan manis -disangai 1 sudu besar serbuk jintan putih -disangai 1 sudu besar serbuk ketumbar - disangai 1/2 cawan udang geragau/udang kepal-kisar halus 1 senduk kecik pes cili (10-12 biji cili kering di blend) 1 kotak santan kara 200 ml 350 ml air suam(ikut keperluan) 5 sudu besar marjerin -dicairkan 2 sudu besar serbuk cukup rasa 1/2 sudu teh garam halus Minyak untuk menggoreng secukupnya Cara : 1.Satukan tepung kacang kuda dengan tepung pulut,serbuk jintan manis,jintan putih ,serbuk ketumbar dan jemuju. 2.Masukkan juga udang kering yang telah dikisar halus dan juga pes cili. 3.Satukan marjerin cair dengan santan dan tuang ke dalam tepung.Masukkan serbuk cukup rasa dan garam.Gaul semua hingga sekata.Sambil dituang dengan air suam sedikit demi sedikit.Adun atau uli menjadi doh yang lembut tak melekit ditangan. 5.Air suam ikut keperluan ya. 6.Guna acuan muruku pilihan dan goreng muruku sehingga keperangan. Angkat dan tos minyak. 7. Akhir boleh goreng daun kari untuk aroma dan penyeri muruku. 8.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap. #CapCut #muruku #selamathariraya #aidilfitri2024