Hi …sekejap jer dah nak raya kan….jom harini saya nak share satu resepi kuih raya Warisan keluarga kami iaitu Biskut tart nenas bunga yang membangkitkan nostalgia rasa Raya ketika ayah masih ada Mentega Anchor adalah 100% mentega asli dariapa New Zealand tau. -Membuatkan masakan kita jadi lebih sedap dan lemak berkrim Anchor Butter sangat kaya dan berkrim, menghasilkan biskut yang lebih lembut, sedap dan cair dimulut dan ianya tidak berminyak tau!! Dan inilah hasil Biskut tart nenas yang cantik, lembut, dan pasti akan menjadi kegemaran semua orang di hari Raya. Jadi, jangan lupa untuk membawa keceriaan nostalgia rasa Raya bersama Anchor." Resepi Biskut Tart Nenas Bunga bahan-bahan -250 gram butter -3 sudu besar susu pekat -2 sudu besar minyak sapi -1 biji kuning telur -3 sudu besar santan kelapa (ayam brand) -2-3 titik pewarna kuning -1 sudu teh esen vanila -3 cawan tepung gandum -2 sudu besar tepung jagung -2 sudu besar tepung kastard -inti jem nenas
cara-cara membuatnya -ayakkan tepung gandum. tepung jagung dan
tepung kastard susu pekat, butter, minyak sapi, kuning telur, dan esen vanila di kacau sehingga sebati dengan hanya gunakan spatula. masukkan tepung secawan demi secawan sehingga habis. uli sehingga doh jadi tidak melekat canaikan doh anggaran 0.5cm terapkan dengan acuan bunga letakkan dalam cup, kemudian letak-kan jem yang telah dibulatkan tadi, kemudian bentuk love kecil yang telah diterap dengan doh yang sama sebagai hiasan bakar tart dalam suhu 170 dalam masa 20 minit bergantung pada oven masing-masing. dah siap bakar, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara, sedia untuk dimakan rasanya memang sedap selamat mencuba @anchorfp.my #AnchorDairyMY #PerfectltalianoMY #NostalgiaRasaRaya #fyp #beranda #baking #recipeshare #homemadefood #foodlovers #raya #kuihraya #bangkitcheese #viral