28 Ramadhan 1433 bersamaan 17 Aug 2012.. Hari Jumaat terakhir Ramadhan..Pukul 12.30 pagi..Mak tetiba terjaga… gelisah kesakitan dan tak dapat tidur...Aku terus ke station nurse dan panggil staff nurse tolong tengokkan mak..dia kesian tengok mak tak boleh tidor jadi dia call doc and mintak advice..doc ada bagi prescription untuk bantu tenangkan mak untuk bantu mak tido dengan lebih selesa.. Nurse mintak aku bantu angkat mak dari posisi baring sebab nak bagi mak ubat..time angkat tu mak terbatuk terus pengsan...nurse cuba kejutkan mak tapi mak tak response! Nurse tolak aku keluar dan tarik langsir katil mak. bila nurse lain dah serbu tetiba alarm “code blue code blue” kedengaran..nurse terus mintak aku call sedara mara terdekat..Ya Allah aku dah lemah longlai terjelepuk kat luar menggigil2... Orang pertama aku call adalah ayu satu satunya adik aku..kami dua beradik jer..aku dah tak ingat orang lain dah..aku cakap dtg hospital skrg..ayu dah meraung and tanya mcm2 aku ckp datang jer plz...ayu masa tu dalam perjalanan balik ke rumah sebab time tu shift aku jaga mak..Memana yg aku teringat aku call sebab contacts yg lagi banyak semua dlm hp mak.. Penantian kat luar tu sangat menyeksakan..aku x putus2 berdoa airmata dah mcm empangan pecah..Ayu sampai...kitorang berpelokan dengan dua2 terjelepok kat lantai..meraung kenangkan nasib..Ya Allah kuatnya dugaan-Mu..Pintu wad pun terbukak pastu nurse panggil masuk..kami tanya mak macam mana tapi nurse tu hanya menangis dan menangis.. Semua nurse kat situ sayang mak pasal senang nak jaga dia…Mak siap cakap nanti keluar hospital nak belanja diorang KFC dan hadiahkan kain batik sorang sehelai sebab jaga mak penuh kasih sayang…tapi apa daya…Bila dibukakan langsir, Allahu Akbar berselirat wayar di badan mak..mak bernafas dengan life support..aku dah tak larat berdiri terus melutut tepi mak..tak sanggup nak tengok mak dalam keadaan sebegitu... Aku dengan ayu berteleku sebelah mak..Aku kanan..Ayu kiri...Aku pegang tangan mak...tangan mak sejuk...Aku pandang ayu...Aku angguk sayu...Ayu cakap "Mak, mak pergilah mak..kitorang redha mak pergi..cukup2 lah mak menanggung seksa..kitorang dah besar insya Allah boleh jaga diri..Mak jangan lah risau" Tangan mak genggam tangan aku lantas airmata mak mengalir...Aku cium mak bermula dari kepala sampai ujung kaki sebab aku tau aku x dapat cium lagi dah pasni..lepas cium kaki mak aku mintak ampun ngan mak mintak halalkan air susu mak makan minum dan segala galanya... Ayu pun sama...kuat aku pegang kaki mak.. Kitorang pergi kat telinga mak bacakan kalimah syahadah dan mintak mak ikut..bibir mak bergerak lemah…Dada mak berombak makin lama makin perlahan...makin lemah dan akhirnya berhenti.Machine on life support pun berbunyi menandakan mak dah takde... pasukan perubatan datang untuk mengesahkan ketiadaan mak… Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. 1.10 pagi - waktu kematian.Aku cium mak dan pegang tangan mak sambil bacakan yassin..Ayu pun sama...Kami tutup mak dengan kain putih...Kami mintak sedara mara yang lain beritahu akan berita pemergian mak..Aku tak nak berganjak dari mak yang dah mula pucat dan sejuk...tapi wajah mak tenang sangat...mcm mak tengah tido...kejap2 aku bukak kain tutup tu nak tgk mak sebab dah mula rindu! 1 Syawal 1433...Aku redha dengan pemergian mak di hari yang sangat mulia tapi separuh jiwaku hilang.. Beberapa hari lepas tu kami kemas2 bilik mak. Terjumpa sampul raya yang aku bagi pada mak gaji bulan pertamaku bekerja yang mak simpan rapi. Bila tengok kat dalam sampul masih belum terusik duitnya. Sekali lagi aku terjelepok. Sesungguhnya doa mak lah yang membuatkan hidup aku bahagia dan rezeki aku berkat! Aku dah takda lagi semua tu.. Kami tunaikan juga hajat arwah mak dengan kembali ke hospital Pantai membawa bungkusan KFC berserta kain batik untuk diberikan kepada staff nurse dan disambut dengan deraian airmata.. Korang yang masih ada mak abah tolong janji ngan aku sayang mak abah korang selagi diorang ada ok. Janji tau! Mak, Along rindu mak..🥲 #rindu