Cafe Markiss Jasin Cafe Markisa berkonsepkan 2R tertumpu kepada rekreasi dan restoran di sekitar Chinchin. Berkonsepkan alam semula jadi, kafe Markisa dibangunkan dengan tema hutan dan alam semula jadi dengan menggunakan batu bata dan tiang kafe menggunakan batang pokok. Menu sedap selera kampung seperti daging salai masak lemak cili padi, asam pedas tetel dan asam tempoyak pasti anda boleh dapatkan semua di sini. Pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan makanan barat seperti buttermilk chicken, chicken chop, spaghetti, lamb grill, fish dan chips, chicken wings, garlic bread dan banyak lagi dengan talam western food.