info
Replying to @azizikamal Ulama harus dipisahkan dari politik? Penjajah Belanda dah lama guna strategi ni. Ulama-ulama Melayu yang bermaustatin di Mekah mula menggunakan ibadah haji sebagai medium untuk berhubung dengan masyarakat dari Alam Melayu bagi menyebarkan semangat jihad menentang k4fir di Nusantara. Sebagai contoh, penentangan terhadap Belanda di Indonesia daripada jemaah-jemaah haji yang baru selesai menunaikan haji melalui Pedir (nama tempat di Aceh) yang berlangsung pada tahun 1821 dan dikenali sebagai Perang P4deri. Bahkan pada tahun 1674, Sultan Haji dari Banten atau nama sebenarnya Sultan Abdul Qahar Banten bersama-sama tokoh, seperti Maulana Yusof Makassar bangkit memimpin rakyat Banten menentang penjajah Belanda. Untuk mengatasi masalah tersebut, pihak Belanda terpaksa melaksanakan pelbagai undang- undang. Antaranya, mewajibkan jemaah haji membuat pasport dengan bayaran tinggi dan menghantar Snourk Hurgronje dengan berpura-pura memeluk Islam agar dapat berdampingan dengan para ulama Melayu. Snourk Hurgronje berjaya menyiapkan laporannya Atjeh Verslag yang diterbitkan pada tahun 1893 sebagai De Athjeher. Dalam isinya, beliau menyebut bahawa ulama perlu diasingkan dari rakyat, memisahkan ulama dari politik, melahirkan ulama sekular, & menafikan kepimpinan ulama dalam masyarakat bagi mematahkan semangat perjuangan rakyat.¹⁵ ¹⁵.Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhammad Ikhlas Rosele dan Nor Adina Abdul Kadir, “Dimensi Jihad dalam Perjuangan Pahlawan Melayu Menentang Penjajah di Pahang,” Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 10, no. 1,(Januari 2017), 96. Jurnal: Muhammad Zakwan A., et. al. / Online Journal of Research in Islamic Studies 6(3) (2019): 13-26 #aisuq #syeduwaisqorni #ilhamsuq #historysuq
Duration: 15 sPosted : Sun, 03 Mar 2024 03:26:40Views
732Daily-
Likes
23Daily-
Comments
2Daily-
Shares
1Daily-
ER
3.55%Daily-
Latest