17/10/2023 -- Satu tarikh keramat pasti takkan dilupakan, Allah menjemput Ayah Mertua ku pulang ke negeri abadi tanpa sempat beliau melihat cucunya yang masih dalam kandungan yang berusia 6 bulan. Alangkah hibanya hati ini, cucu yang sangat dinanti-nantikan oleh si Atuk akhirnya menjadi pengganti atuknya sebagai penghibur keluarga. Al fatihah buat Ayah Mertuaku, Mat Zain bin Latif 🤲🏻 06/02/2024 -- Lahirnya seorang waris lelaki sebagai ganti disaat kesedihan keluarga kecil kami atas pemergian insan bergelar Ayah@Atuk. Hebatnya takdir Allah untuk keluarga ini. Semuanya berlaku atas izin-Nya dan pasti membawa hikmah yg besar diatas keredhaan kami terhadap ujian berserta anugerah indah ini 🥰 Sebagai tanda ingatan, kami selitkan nama Atuk dalam nama anak kami iaitu Zayn (nama Atuknya, Zain) yang membawa maksud bagus @ tampan. Semoga dengan nama ini menjadikan Aysar Zayn Raees tidak lupa pada kisah pemergian atuknya disaat dia masih dalam kandungan mamanya 😢 Aysar sayang Atuk 🤍