info
MASAK LEMAK TELUR PECAH Siapa suka masak lemak pekat2 macam ni? Sis suka pekat macam ni. Yang cair pun sedap juga. Tapi kalau yg pekat ni, lagi puas la makan 😋 Bahan-bahan : 🔸1/2 biji bawang besar 🔸2-3 ulas bawang putih 🔸3-4 biji cili merah 🔸8-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan) 🔸1 inci kunyit hidup (sis guna serbuk kunyit sahaja) ✨1-2 batang serai (dititik) ✨1 keping asam keping ✨3-4 helai daun limau purut (dibuang urat) ✨1/2 kotak kecil santan ✨Air (lebihkan kalau nak berkuah banyak) ✨Garam ✨Gula ✨Mushroom seasoning @Love Earth Organic ✨5 biji telur ✨Hirisan daun kunyit Cara-cara : 📍Kisar semua bahan bertanda 🔸kisar tak perlu halus sangat. 📍Tumis bahan kisar bersama serai, asam keping & daun limau purut. Tumis sehingga naik bau. 📍Masukkan santan & air. Masak sebentar. Api sederhana. 📍Perasakan dengan garam, gula & perasa. 📍Perlahankan api. Masukkan telur satu persatu. Tutup sebentar periuk. 📍Last sekali taburkan hirisan daun kunyit. Masak sebentar. 📍Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap 😋 Selamat mencuba 🍛 #foodstagram #instacooking #foodstyling #didapuryana #resepimemikatsuami #resepi #resepimelayu #masaklemakcilipadi #masaklemaktelur
Duration: 58 sPosted : Fri, 26 Jan 2024 08:21:17Views
3.9MDaily-
Likes
106.0KDaily-
Comments
1.6KDaily-
Shares
23.6KDaily-
ER
3.36%Daily-
Latest