Replying to @Ayuni AD Semoga Allah rezekikan lagi kami menziarahi Rasulullah. Sungguh hati ini sangat rindukan baginda. Cinta itu wujud bila mana dalam doa baginda pasti ada tentang umatnya. Begitu cinta Rasulullah ﷺ kepada umatnya. Terdapat satu kisah menarik yang tercatat dalam banyak kitab hadis, diriwayatkan bahawa Nabi ﷺ sedang berbincang santai di rumahnya bersama Sayyidah Aisyah. Beliau (Aisyah) mengatakan, “Ketika aku memandang wajah Nabi, terasa ketenangan dalam diri, lalu aku katakan kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah untukku.’ Kemudian Nabi pun berdoa kepada Allah, ‘Ya Allah, ampunilah Aisyah, segala dosanya yang lalu dan yang akan datang. Dosanya yang terlihat dan yang tersembunyi.’ Mendengar doa Nabi itu, Aisyah kemudian tersenyum lebar dan tertawa. Beliau sangat gembira sehingga dia menjatuhkan kepalanya ke pangkuan Nabi. Kemudian beliau mengatakan, ‘Apakah kamu senang dengan doaku tadi?’ Sayyidah Aisyah menjawab, ‘Bagaimana mungkin aku tidak gembira dengan doamu, Ya Rasulullah?’ Rasulullah kemudian berkata lagi, ‘Demi Allah, itulah doaku untuk umatku setiap solat.’ (HR Ibn Hibban)