info
Ramai suami yang melakukan kesilapan ini. Bila lihat isteri terbaring berehat, kita selalu menyangka isteri kita penat fizikal, sebab buat kerja2 rumah, tetapi rupa2nya isteri kita sedang mengalami apa yang dipanggil sebagai penat 'emosi'. Penat emosi ini tidak boleh hilang dengan tidur atau berehat semata-mata. Penat emosi ini bahaya, kerana ia tidak boleh dikesan dengan mata kasar. Dan dia mengambil masa yang lama, bukan sehari dua. Mungkin dah bertahun. Sebab tu suami perlu berhati-hati. Boleh jadi isteri berehat kerana ingin keluar dari 'emotional burn out'. Kadangkala bila kite tengok isteri terbaring lesu, jangan kita ingat dia malas nak buat kerja, cuba selami apa yang dia sedang rasa, kemungkinan isteri kita sedang mengalami burn out, tetapi tidak pandai mengungkapkannya dengan kata-kata. Kesan jangka panjang, kalau tidak dirawat, akan menjadikan isteri itu 'numb', atau hilang rasa, tawar hati terhadap rumahtangga itu kerana terlalu penat. Ye kita penat bekerja, tetapi mereka juga keluar bekerja, dan kerja mereka tidak habis hanya di tempat kerja. So peringatan untuk diri saya dan para suami di luar sana, kalau tengok isteri buat kerja rumah, ringankan lidah untuk bertanya, ringankan tulang juga untuk membantu seadanya. At the end of the day, isteri adalah suri hati, bukan suri hani, dan bukan juga orang gaji. #isteri #emosi #suami #isterisolehah #pengorbananisteri🥰 #emotionaldamage #emotionalburnout #drhanafee
Duration: 76 sPosted : Fri, 01 Sep 2023 11:25:36Views
991.3KDaily-
Likes
51.9KDaily-
Comments
2.5KDaily-
Shares
22.4KDaily-
ER
7.75%Daily-
Latest